24 Mar 2013

FEA 5TH BIRTHDAY



Selamat Hari Lahir yang ke 5 buat puteri mama Suffiyah Najihah binti Syahmi.. Alhamdulillah setinggi² syukur ke hadrat Illahi atas segala kemudahan yang Allah telah pinjamkan kepada anak mama dan kita sekeluarga.. moga hari berganti hari ketaatan kita pada Yang Esa semakin kuat dan mendalam.. Amin..

Buat masa ni Fea la satu²nya anak dara mama n papa.. InshaAllah kalau ada rezeki nanti Allah bagi Fea kawan yea.. :-)

Entri sebelum ni aku penah cerita proses kelahiran anak sulung aku Aiman.. kali ni aku nak stori mori pasal Fea pulak.. 

Fea Yaya..

Aku mengandungkan Fea masa aku dah berpindah ke KL.. gap Fea dengan abang dia ngam² 3 tahun.. berkongsi bln yg sama dengan abangnya.. Aiman 11hb, Fea 24hb.. boleh celebrate sekaligus dan yg penting jimattt... :-)  

Sepanjang mengandungkan Fea, Alhamdulillah segalanya dipermudahkan.. aku lebih lasak kalau nak compare masa pregnantkan Aiman.. berat badan tak naik byk.. masa kandungan 7 bulan gagah lagi aku bercuti ke Langkawi bawak Aiman.. masatu memang merayap tak ingat.. Mangrove tour, Island Hoping, naik cable car.. cuma panjat Telaga Tujuh je yang aku tak larat.. hihihi.. 


Nak share satu pengalaman yg aku tak boleh lupa masa brcuti tu.. dipendekkan cerita kami pegi Island Hoping, singgah di Pulau Beras Basah.. tgh leka berehat sambil² makan roti sama² dgn Aiman, aku disergah sekumpulan monyet.. gila terkejut aku waktu tu.. roti abis disambar monyet² yang kelaparan dan kemaruk itu..


Seminggu lepas balik dari Langkawi aku pergi check up.. elok² kandungan sebelum tu dalam keadaan normal (kepala di bawah), boleh pulak jadi melintang (breech)..
Cephalic Breech
Terkejut jugak masa doctor inform tu.. apa pun aku redha dan berdoa supaya Allah selamatkan aku dan baby.. besar kemungkinan aku terpaksa melahirkan baby melalui C-Sect (Cesarian Section).. 

Perasaan? Takut, excited.. bercampur².. ada orang kata c-sect tak sakit.. sedar² baby dah keluar.. tapi apa yang aku alami memang tak seperti yang orang kata..


Aku ditolak masuk ke OT lebih kurang jam 12.30tghari.. bayangkan dari pukul 12mlm smlmnya aku disuruh berpuasa.. tu pun aku curik² minum air.. baby dalam perut toksah kata lah.. berjoget² kelaparan..

Alhamdulillah, jam 1.30 tghari, Fea selamat dilahirkan melalui c-sect.. suka bukan kepalang sebab dapat baby girl.. paling aku tak boleh lupa saat mendengar Fea menangis kuat dari bilik di hujung katil operasi.. aku rasa di lapar sangat.. mana tidaknya hampir 14 jam dia tak dpt sumber makanan dari ibunya sebelum dilahirkan..
C-Section

Macam ngeri je.. macam seram je.. huhu

2 jam selepas proses kelahiran baru aku dihantar ke wad.. hubby, aiman and my parents dah ada di sisi katil menunggu aku.. diorang bagitau dari tadi Fea menangis nak susu.. kesian dia.. sambil menyusukan dia, rahim aku dah mula rasa sakit².. makin lama makin sakit.. rasa sakit tu mcm contraction nak bersalin pun ada.. mak kata tu sakit darah 'merengat'.. selagi darah tu tak keluar habis memang rasa sakit.. 

Kira² 3 jam jugakla aku bergelut dengan rasa sakit dalam keadaan separuh badan yang kebas tu (ubat bius belum habis).. nasib baik doctor benarkan waris utk teman.. kalau tidak tak tau mcmne nak uruskan baby.. tau² jela bersalin di gov hosp, jangan harap lepas bersalin nak dapat rehat secukupnya.. sendiri la kena bangun untuk urus dan menyusukan baby..

Selepas 3 hari berehat di Hospital Putrajaya, aku dan Fea dibenarkan pulang.. cara berpantang memang berlainan dengan bersalin normal.. berurut tak boleh, makan jamu tak boleh.. nasib ada ibu mertua yang penyayang bekalkan aku dengan Gamogen Healin Gamat.. Alhamdulillah selepas 2 minggu luka operation dah nampak tertutup.. 

Penat dah nak story mory.. jom tengok² gambar lama.. 

Fea 4 months @ kenduri kesyukuran 

Fea @ 5 months

Besar dah masa ni.. 18 months

Melaram bersama abang tersayang..

Fea bestfren, Dora..


Pose melaram lagi dengan abang..

Fea kini.. sangat suka dengan karektor Barbie, Princess dan lain² gurly charactor la..



No comments:

Post a Comment