7 Mar 2013

JOM BERKEBUN

Ermmm.. lama juga tak update blog.. bila idea datang nak open new entry or topic, masa pulak takde.. bila ada masa mood pulak takde nak meng'hapdet'.. gitu laaa.. hihihi.. so arinie tiba² kerajinan tu muncul, mood pun ada dan yang paling penting masa pun ada untuk mengizinkan aku meng'hapdet' pape topic yang aku suka kat blog aku nie.. sape yang sudi nak baca silakan.. yang tak sudi pun terima kasih jugalah sebab sempat jugak seminit dua menjenguk ke blog yang tak seberapa ini.. 

Arinie aku nak story-mory pasal topic 'berkebun'.. aku memey suka berkebun ni.. cuma kadangkala tak berkesempatan.. pada aku berbudi pada tanah ni begitu banyak manfaatnya.. rajin dengan malas je..

Ayuh bapak² ibuk².. mari kita berkebun..!!
ANTARA KEBAIKAN YG KITA DAPAT KALO BERKEBUN KAT RUMAH :
 1. Dapat kurangkan perbelanjaan seharian untuk beli sayur²an dan buah²an yang harganya semakin meningkat hari ini.
2. Boleh dapatkan
sayur²an dan buah²an yang segar daripada taman sendiri.

3. Boleh mendapatkan sayur²an seperti cili, daun kari, serai dan ulam²an dengan mudah sekali.
4. Sayur²an dan buah²an tersebut bebas daripada racun perosak atau racun serangga.
5. Boleh dijadikan sebagai hobi dan aktiviti yang menyeronokkan untuk dilakukan bersama ahli keluarga.
6. Anak-anak dapat mempelajari dari mana datangnya sumber untuk makanan mereka.
7. Kita akan lebih menghargai nilai makanan dan tidak akan mensia-siakannya kerana ia hasil titik peluh sendiri.
8. Memberikan satu kepuasan kerana dapat menikmati sayur²an dan buah²an dari dalam taman kita sendiri.
9. Menggunakan tanah yang kosong untuk berkebun dapat mengelakkan daripada pembaziran kepada sumber tanah.
10. Hasil tanaman dapat menghijaukan kawasan halaman, membekalkan keperluan oksigen dan memberikan pemandangan rumah yang indah.
11. Kalo menanam dalam kuantiti yang banyak, hasil tanaman boleh dikongsi bersama-sama dengan jiran atau menjualnya untuk mendapatkan wang tambahan.
12. Kita dapat menikmati makanan organik yang dihasilkan sendiri dengan kos yang rendah kerana harga hasil pertanian secara organik amat tinggi di pasaran.  


Berbudilah kepada tanah..

APA YANG KITA BOLEH BUAT?
1. Berkebun sendiri boleh jadi satu eksesais untuk kita.. disamping dapat menikmati hasil tanaman, dapat juga mengeluarkan peluh.. tanah yang kosong pun x terbiar begitu saje.. tak gitu kengkawan? :-)

2. Bila hari hujan, jangan biarkan air hujan yang turun tu hilang begitu saja.. boleh kita manfaatkan untuk menyiram tanaman.. kadang² ada juga aku tadah air untuk cuci lantai porch, tak pun buat cuci keta.. hihiii.. bukan je kita dpt mengurangkan bil air, tapi juga dapat mengamalkan cara penggunaan air dengan lebih berkesan. Air basuhan beras pun bagus untuk kita siram pada pokok²..

3. Rajin² la carik ilmu tentang cara untuk menghapuskan rumpai dan perosak tanaman serta cara untuk hasilkan tanaman yang lebih baik. 

4. Boleh gunakan sama ada baja organic atau baja kimia. Bagi baja organik. Campurkan sebahagian sisa organik (daun-daun kering, kulit² kerang, kulit telur, kulit² buah, beg² teh) dengan tanah dan biarkan ia selama beberapa minggu. Ia akan menjadi baja asli yang amat baik untuk tanaman anda. 

6. Bukan semua serangga adalah perosak. Cacing yang terdapat dalam tanah boleh membantu menjadikan tanah lembut dan amat sesuai untuk bercucuk tanam. 
  
My pokok limau kasturi.. credit to my bibik yang rajin siram dgn air basuhan beras..
Pokok ubi kayu disebelah kiri dan pokok keledek.. daunnya sedap dibuat sayur..
Pisang Tanduk.. ni dah masuk generasi yang ke 7 tau..

Pokok paling mudah nak tanam, pokok betik.. campak² je bijiknya

Pokok cili..

Pokok pandan yang sangat subur.. dah brape kali kena tebas dah pokok ni tp masih menten.. sila abaikan haiwan jalanan yg dok interprem kt sebelah tu ye.. hihii..

So, itu jelah yang aku nak share setakat hari ni.. saje nak ajak pengunjung² blog aku ni sama² turun ke tanah berkebun.. bagi yang dok kat apartment ke kondo ke umah panjang ke boleh jugak berkebun.. sama ada berkebun dalam pasu ataupun cara moden sekarang cara hidroponik.. lagi senang dan mudah.. Selamat Mencuba.. byeeeeee..

1 comment: