Boleh ke kita tentukan jantina anak? Jawapannya BOLEH dengan ilmu, usaha dan izin Allah S.W.T.. kita memang digalakkan untuk berusaha sedaya upaya dan selebihnya kita serahkan padaNya untuk menentukan yang terbaik untuk kita..
Entry kali ni just nak share pengalaman sendiri dan juga khas buat kawan² yang dok tanye tips tentukan jantina anak.. actually aku dulu pun dapat tips daripada sorang mem ni (nama terpaksa dirahsiakan atas dasar menghormati privasi beliau) :-)
Al kisahnya, selepas diijabkabulkan, memang aku dan hubby merancang untuk berbulan madu dulu at least setahun tanpa cahayamata.. memandangkan waktu tu masih agak muda, parents kami pun jauh.. jadi rasanya macam terlalu awal untuk ada cahayamata.. Setahun hidup berdekatan, ditakdirkan aku telah di tukarkan ke Johor.. maka bermulalah kehidupan PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh) kami.. waktu tu baru aku terasa betapa sunyinya hidup tanpa suami disisi.. apatah lagi anak pun takde.. maka projek secara besar²an pun dilaksanakan.. dan hasilnya 3 bulan kemudian aku disahkan positive hamil.. :-p

Waktu ini memang kami tak merancang untuk dapatkan jantina lelaki atau perempuan.. sebab anak sulung kan.. apa pun yang Allah beri kami terima dengan hati yang terbuka... 9 bulan 10 hari mengusung perut ke hulu ke hilir hidup berjauhan dari suami.. maka 11 Mac 2005 lahirlah putera sulungku yang berambut lebat yang diberi nama Shahrul AIman..
Alhamdulillah 1 tahun 5 bulan berlalu dan anak sulung kami pun semakin membesar dengan sihat.. cuma kesian tengok dok main sorang².. papa pulak selalu kena outstation.. satu masa tu hubby kena travel 3 minggu ke France.. dan dijadikan cerita waktu ni la timbulnya plan untuk dapatkan 2nd baby.. almaklum la mood rindu²an pun dah muncul kan.. hiihihih..
Masa ni la aku mula nak mengaplikasikan tips yang dikongsi oleh sorang mem ni.. dan tak lupa juga aku selalu baca article² yang berkaitan daripada internet.. salah satu puncanya boleh refer kat sini -->> How To Conceive A Girl Or Boy,

Ada banyak info kita boleh dapat daripada internet, cuma nak dengan tak nak je.. tanye saje Pakcik Google pasti dia jawab. Selepas kita dah study secara teori, dah buat praktikal mengikut masa yang bersesuaian, yang selebihnya kita perlu banyakkan berdoa dan bertawakal.. dengan segala usaha yang telah dibuat, alhamdulillah selepas 4 bulan menunggu, aku positive hamil anak kedua.. berdoa dan terus berdoa akhirnya lahirlah seorang puteri yang berambut jarang diberi nama Suffiyah Najihah yang lahir sama bulan dengan abangnya.. (memang plan untuk dapat sama bulan dengan abangnya)
2 tahun terus berlalu.. Syukur alhamdulillah Aiman dan Fea membesar dengan sihat dan cergas.. maka mama dan papanya pun mulalah berdiskusi untuk menambahkan ahli keluarga.. hihiii.. plan untuk dapatkan baby ketiga ni jarak yang sama antara Aiman dan Fea, so aku mula buat Gantt Chart.. hihiih.. cuma rasanya yang ketiga nanti tak dpt same birthday month dengan abang dan kakaknya sebab mula buat Gantt Chart dah lewat.. tapi tu tak jadi hal pada kami as long as jarak 3 tahun bagi setiap anak.. pada aku dan hubby itu satu jarak yang cukup bagi anak² mendapat perhatian dan kasih sayang sepenuhnya dari aku dan hubby sebelum kami menyambut ahli keluarga baru.. atas segala usaha dan doa kami, lahirlah bayi ketiga kami seorang putera yang diberi nama Syahir Adam..
Kesimpulannya mengikut pengalaman sendiri, aku dan suami dah cuba untuk merancang jarak kelahiran setiap anak dan merancang jantina mereka.. dan Alhamdulillah ianya diperkenankan Allah.. so pada kawan² diluar sana jangan putus asa.. berusaha dan terus berusaha.. Insha Allah, Dia tidak akan mengecewakan hambaNya.. :-)
No comments:
Post a Comment