27 May 2012

LITTLE CALIPHS SPORTS DAY

               



Pagi² lagi aku dah bersiap untuk bawak Fea ke LC Sports Day arini.. cuma sedih sket sebab hubby tak dapat join sekali.. maklumlah dia berada diluar kawasan mencari rezeki demi sesuap nasik.. hukhuk.. ajak abang Aiman sekali, tapi dia tak larat nak bukak mata pasal malam tadi dia tido lewat baca buku main games.. huhuu.. takpela Fea, Mama kan ada.. Mama akan setia menjadi pOmpOm giRl untuk Fea sepanjang masa sukan tu.. hooyeeyy.. :-p


Memey tak dinafikan Fea sangat teruja waktu tu.. sangat aktif.. pada asalnya Fea cuma amik 2 bahagian iaitu acara Crawl Baby Crawl and Susun bentuk.. disebabkan ada kawan² seumur Fea yang tak dapat join waktu tu, terpaksa cikgu gantikan dengan Fea.. budak² yang tak dapat join tu datang masa hari kejadian, tapi tiba² je mereka bertukar jadi sedih n manja bila nampak mak ayah ada disitu.. terus diorg tak jadi bersukan, nak berkepit sekali dengan mak ayah disitu.. so memey nampak la wajah² mak ayah yang kehampaan sebab tak dapat nak tengok anak sendiri amik bahagian..

Pada sambutan kali ini hanya tiga LC sahaja yang bertanding.. iaitu LC Bandar Seri Putra, LC Puncak Utama dan LC Sri Serdang.. kalau masa Aiman dulu lima buah cawangan LC yang bertanding, termasuk LC Puncak Jalil dan LC BBBangi.. kira okla kan kecik² lagi budak² ni dah didedahkan dengan semangat kesukanan.. harap² berterusan lah minat anak² aku ni dalam sukan.. InsyaAllah..

Acara waktu tu berlangsung dari pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari.. aku tak tunggu sampai abis acara pun.. sampai je turn Fea amik hadiah, then terus chow balik umah..


Fea yang ceria..

Yang pantang tengok camera..

Kontinjen kecil baru nk berbaris

Bacaan Ikrar sebelum acara bermula
Memey aku tak banyak amik gambar masa acara berlangsung.. banyak amik video je.. ada free time nanti aku upload balik video tu disini ye.. so cuci la mata dengan gambar² dibawah dulu.. :-)

Finally, masa mengambil hadiah

Medal untuk dua acara yang Fea masuk, dapat 1st n 2nd place
 
Kalau papa ada sure lagi best kan..

Naik stage lagi sekali untuk acara yang Fea gantikan.. eh betul ke ayat aku ni.. hehe.. dapat 2nd place

Posing bersama Kak Yaya 5yrs

With Tice Zai.. masa ni mood dia dah swing sket.. maklumlaa bangun awal pagi, bersukan lagi, dah letih beno la tu.. hehe

Dengan kawan class Fea.. tatau apa namanya.. baru 3yrs budak yang bertudung nie..

Inilah pencapaian Fea setakat umur 4 tahun ni.. Alhamdulillah