11 Mar 2013

AIMAN 8TH BIRTHDAY

Alhamdulillah, syukur kepadaMu Ya Allah atas segala rezekiMu, segala keberkatanMu, segala kemudahanMu yang telah Kau berikan pada kami sehingga dapat membesarkan anak3 kami sehingga ke hari ini.. hari ni hari yang istimewa.. hari ulangtahun kelahiran anak sulung aku Shahrul Aiman yang ke 8 tahun.. pejam celik dah ada anak bujang aku rupanya.. semakin dia meningkat umur, maka cabarannya juga semakin besar.. aku perlu penuhkan ilmu untuk lebih kenal dan faham tahap pemikiran dan sikap mereka.. kalau boleh ingin selalu jadi kawan dan pakar rujuk mereka.. 
HaPpY 8th BiRtHdaY tO My BeLoVed SoN ShaHRuL AiMaN..

==>  Mengimbas kembali detik 8 tahun yang lalu memang rasa sweet sangat.. waktu tu aku bertugas di IKBN Pagoh, hubby pulak di KL.. sempatlah melalui saat² PJJ selama setahun.. emosi waktu tu memang pasang surut memandangkan terpaksa duduk sendirian masa mengandung.. nasib ada adik aku Echah yang rajin datang sebagai peneman..  

Nak dijadikan cerita aku dah ambil cuti awal seminggu sebelum sampai due date untuk melahirkan.. duduk rumah parents aku kat Labis.. habis sehari ke sehari tak keluar juga budak tecik ni.. hati dup dap dup dap risau dah ni.. kalau boleh tak nak balik semula ke Pagoh dan sambung keje.. tambah risau kalau tengah dok sorang² tu sakit bersalin datang.. dah la anak sulung, tak penah ada pengalaman plak tu.. Jumaat tu, last day cuti aku ajak mak temankan aku check up kt Southern Hosp Batu Pahat (mmg dah plan nk bersalin kt sini).. doc pun check then dia kata, "Pn boleh balik lulu lagi seminggu balu latang semula".. aku pun jawab, "haiyaaa locter, wa takut mau tunggu maa.. lagi mau balik duduk lumah sendili, nanti kalau telbelanak saya satu olang apa macam maa??" in real situation aku tak cakap loghat macamtu la kat doctor.. mau kena hempuk dengan doctor pulak nanti.. hihihii.. last² doc tu advice memandangkan condition aku n baby semuanya ok, kalau nak induced pun boleh.. 

Dalam kepala aku masa tu hanya pikir nk mudah bersalin dan yang paling penting hubby ada disisi disaat² aku nak melahirkan.. waktu tu baru jam 4.00 petang 11 Mac 2005.. esoknya pulak tarikh penting bagi adik ipar dan bakal birasku yang akan melangsungkan perkahwinan mereka di Mentakab, Pahang.. so kalau aku tak bersalin hari ni, mungkin jugak esok hubby dah tak dapat nak tengok aku.. nak tak nak terpaksa juga aku terima advice doctor tu.. dalam hati ni perasaan aku bercampur baur.. rasa takut, x sabar dan excited.. kumat kamit mulut aku berdoa dan berzikir mengharapkan anak aku selamat dan esok dah boleh dukung budak comeyyy.. :-)

Lepas jumpa doc, aku pun terus dihantar ke ward.. 15 minit kemudian doc datang masukkan ubat untuk induced.. then doc suruh aku rest.. selang 20 minit lepas tu aku dah mula rasa sakit sedikit demi sedikit.. makin lama makin sakit.. aku call hubby waktu tu dia masih dalam perjalanan dari KL ke Batu Pahat.. Aku sabar menunggu ketibaan hubby.. mak dan adik² terpaksa pulang dahulu untuk menyiapkan perkara² yang patut di rumah..

Jam 8.30 malam hubby pun selamat sampai di sisi.. sempatla sembang sikit² dengan dia.. cakap sepatah stop kejap tahan sakit.. pastu sambung sembang semula.. sehinggalah air ketuban aku pecah sendiri jam 10.30 malam.. nurse check pintu rahim dah buka 10cm, terus aku dibawa ke labour room.. hubby masih tetap menemani aku.. midwife n doctor dah get ready dalam bilik tu.. disebabkan seharian aku tak menjamah makanan, aku rasa cukup lemah.. aku cuma minum air je.. bila terasa gesa untuk melahirkan hampir sampai, aku cuba push untuk keluarkan baby.. tapi tak berhasil.. hampir sejam mencuba.. setiap kali gesa datang aku push.. bila takde gesa aku tertido.. gitu la rupanya berlawan antara sakit nak bersalin dan rasa laklok ubat tahan sakit tu.. last² doc terpaksa bantu aku dengan cara vacuum bagi mengelakkan baby lemas.. kesian anak aku tau kena vacuum.. huhuuu.. nasib baik sikit je kesan merah pada kepalanya..

Akhirnya lahir seorang baby lelaki yang berambut lebat.. nampak kecil dan bulat.. berkulit putih.. lepas saja dia keluar doc terus letak atas dada aku dan tunjuk kesan kena vacuum tu.. just kesan bulatan kecil yang berwarna merah.. doc bagitau kena selalu gosok² bagi kesan merah tu hilang..  <==

Ni la dia intan payung berlian mama n papa,
baru 2 hari melihat dunia
Aiman 3 months old
3 mons old - masa ni saya masih di IKBN Pagoh
teman mama saya yang masih keje disini
4 mons old
Gambar di atas diambil waktu baru pindah ke KL.. Alhamdulillah permohonan pertukaran aku ke KL mengikut hubby dipermudahkan.. akhirnya kami dapat duduk bersama semula seperti dulu.. yuhuuuu!!!

Aiman 2 years ++ old
Aiman 3 years old
Mainan kesukaan Aiman.. MegaBlock
Masa kecik suka mickey, dah beso suka BoboiBoy la pulak..

Waktu ni Aiman baru beberapa hari celebrate besday yang ke 3thn.. tahun ni mama+papa bagi Aiman hadiah adik ye..

Aiman 7 yrs old.. buat experiment tanam pokok taugeh..
Aiman di Little Caliphs Sports Day - 6 yrs old
Anak mama+papa yang gigih nak join Interpark Ride, Putrajaya.. waktu ni dia baru 6 thn..
Hero mama+papa di hari pertama sesi persekolahan 2012..
Aiman terkini.. dia masih seperti dulu².. suka senyum..

Oh ye, aku tingat plak nak selit and share sikit info pasal Induced Delivery and Vacuum Delivery.. bukan vacuum cleaner ye.. konsepnya mungkin sama tapi rupa alatnya

Biasanya ibu² akan di offered utk induction bila doctor dapati :

  • Ibu overdue (terlebih masa dari yang dijangkakan)
  • Air ketuban dah pecah tapi masih tiada tanda² nak bersalin atau contraction.
  • Ibu mempunyai diabetes
  • Ibu mempunyai sakit yang kronik
  • Dan ada juga ibu yang minta untuk di induced atas sebab² peribadi seperti mahu merancang tarikh kelahiran anak.. atau alasan macam aku.. :-)
Kaedah Vacuum Delivery
Vacuum Delivery
'In an assisted vaginal delivery, your healthcare practitioner uses either a vacuum device or forceps to help your baby out of the birth canal. Your practitioner may recommend this if you've been pushing for a long time and you're completely worn out, or if your baby's nearly out but his heart rate is "non reassuring." (If you have a midwife attending you, her backup physician will perform the delivery). Your practitioner applies a flexible, rounded cup to your baby's head in the birth canal. The cup is connected to an electric suction pump or a small handheld pump that creates vacuum pressure to hold the cup securely to the baby's head. You'll be asked to push while the doctor gently pulls on a handle attached to the cup, to help move your baby down and out of the birth canal.' Sumber diperolehi dari www.babycenter.com.my

Itu saja lah sedikit info yang aku boleh sharekan untuk pengunjung blog ni.. kalau nak tau selebihnya sila la click pada link di atas ye.. Aku abadikan sedikit sebanyak kisah Aiman disini buat tatapan aku dan Aiman sendiri bila dia dah dewasa nanti.. Sekali lagi mama nak wish a very happy birthday untuk anak bujang mama ni.. mama selalu doakan anak mama sentiasa sihat dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi serta menjadi muslim sejati didunia hingga akhirat.. Amin..


3 comments:

  1. hehehe..nampak sofa IKBN pagoh..kotak2 ijau.... sempat kenal2 aiman kat pagoh...datg jengah ngn uncle "isham"..:-) hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. masatu auntie jem datang sorg la.. belum ada uncle isham lagi.. masa aiman dh pindah baru auntie jem berjinak² dgn uncle isham.. ;-)

      Delete
    2. berdua arr..kitorang rempit dari ciast..masa tu, kitorang pedog kt sana...

      Delete