Dah 3 hari tekak ni rasa tak selesa.. rasa perit ada, rasa gatal² pun ada.. kalau boleh garu memey nak garu aje.. Aku dah mengalami mende alah ni lebih kurang 30 tahun jugak la.. dah puas demam dan batuk teruk.. dah banyak kali jugak la doc arrange untuk pembedahan tonsil, tapi hati masih belum terbuka lagi nak pegi buat.. hehe.. So arini aku bukak topik pasal tonsil la.. nak sharing dengan pembaca² blog ni sedikit sebanyak tentang tonsil nie..
Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan.. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit.. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut iaitu :
1. Adenoids - Tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils - Tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils - Tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan
Radang tonsil atau Tonsillitis
Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik
diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada
jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak
sekiranya terdapat jankitan di dalam mulut. Pembengkakan ini
adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel
untuk melawan penyakit. Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu
sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang
disebut tonsilitis atau radang tonsil.
Penyebab dan gejala Tonsillitis
Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles juga boleh menyebabkan pembengkakan tonsil.
Antara gejala Tonsillitis
1. Sakit tekak yang teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
3. Demam pada suhu yang tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.
7. Berdengkur waktu tidur
Komplikasi Tonsillitis
Radang tonsil biasanya berlaku di dalam umur 3 tahun ke atas.
Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah biasanya jarang terkena tonsil ini
walaupun tidak terkecuali. Paling kerap adalah berumur di dalam
lingkungan 5-15 tahun. Ia sering menjadi masalah kepada ibu-bapa kerana anak akan kerap demam
akibat tonsillitis. Kadangkala setiap 2 bulan ibu dan bapa akan datang ke
klinik kerana masalah ini. Ia melibatkan kos ubat dan masa.
Oleh kerana umur yang kerap terkena adalah dari golongan umur
persekolahan, ada anak-anak yang terpaksa mengambil cuti panjang
daripada persekolahan kerana masalah ini. Ini menyebabkan anak-anak
ketinggalan di dalam mata pelajaran dan menyebabkan keputusan
peperiksaan tidak memuaskan. Anak yang sering sakit akan berasa
rendah diri dan pertumbuhannya juga boleh terganggu.
Tonsilitis kebanyakannya tidak merbahaya. Ada kes terpencil jangkitan
bakteria yang menyebabkan septicaemia atau kuman yang merebak ke dalam
salur darah. Ada juga yang mengaitkan jangkitan tonsil ini dengan
penyakit Acute glomerulonephritis (sejenis jangkitan buah pinggang) dan
rheumatic fever (penyakit bawaan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan
masalah jantung).
"Sleep apneoa" atau penyakit berhenti bernafas semasa tidur boleh
disebabkan oleh pembengkakkan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu
pernafasan. Biasanya ia dikaitkan dengan tidur berdengkur dan kesukaran
bernafas semasa tidur.
Rawatan Tonsillitis
Pada kebiasaannya, doctor hanya membekalkan aku dengan lozenges untuk
meredakan kesakitan. Thymol gargle atau Difflam gargle juga diberikan untuk mengurangkan keradangan dengan cara berkumur. Ada juga doctor yang beri ubat tahan sakit seperti paracetamol atau ibuprofen. Ubat antibiotik hanya akan diberikan sekiranya tonsil itu disebabkan oleh
jangkitan bakteria. Biasanya antibiotik yang diberi ialah dari jenis
penicillin seperti amoxycillin atau ampicillin.
Tonsillectomy
Pembedahan membuang tonsil atau tonsillectomy adalah jalan terakhir
untuk mengelakkan radang tonsil daripada berulang-ulang. Ada pendapat
pakar yang menyatakan bahawa membuang tonsil boleh mengurangkan sedikit
sistem pertahanan badan. Oleh hal yang demikian, pembuangan tonsil perlu
dilakukan secara berhati-hati. Pesakit perlu berjumpa dengan pakar ENT sebelum
membuat keputusan membuang tonsil. Pakar ENT mempunyai kaedah dan
perkara² yang perlu diteliti sebelum pembedahan dilaksanakan. Jika jangkitan
tonsil agak kerap seperti 3 kali jangkitan dalam tempoh masa setahun dan berlaku selama 3 tahun
berturut-turut, kebiasaanya doctor akan mengesyorkan pesakit supaya membuat tonsillectomy. Tempoh pembedahannya adalah singkat dan
biasanya pesakit hanya akan tinggal di wad selama 2-3 hari sahaja. Pesakit akan dibenarkan pulang sekiranya tiada demam dan tiada
pendarahan selepas pembedahan.
Tonsillectomy |
Rupa tonsils yang telah dibuang |
Waahhh aku bercerita dah macam doctor pulak.. hehehe.. tu la sedikit info tentang tonsil.. kalau ada apa² info yang menarik dan bermanfaat lagi, InsyaAllah akan dikongsikan disini.. tak lupa juga kredit pada owner blog http://www.biovco.com kerana banyak info telah diambil dari sana.. :-)
tonsil nawfal sebijik mcm lam gambo tuh.. siap putih2 lgik.
ReplyDeleteYe ke t.. kalau dia kerap kena, biasanya doc suruh buang.. aku dh lama doc suh buang, tp aku syg sgt.. hehe.. bile time skt, rsa time tu jgk nk buang.. hehe..
DeleteKalau ada tonsil ni mkn kna pntg.. x blh brmnyk, pedas, coklat pn x blh sgt.. tp eskrem vanilla ok..
haaa!! ye lah!! nawfal mmg aku perati xleh ngn coklat. kalo overdose, sure kene punye.
ReplyDeletetak leh mkn cekelat, tp itu lah yang aku suke.. hehe
ReplyDelete