Adalah ANUGERAH dan AMANAH dari Allah yang tidak ternilai harganya bagi pasangan yang bergelar suami isteri.. tanggungjawab untuk menjaga dan mendidik anak juga bukan tanggungjawab yang kecil.. anak itu yang akan menjadi pembantu pada ayah dan ibu di saat berada di alam barzakh dan akhirat nanti.. jika baik didikan yang diterima si anak.. maka banyak la doa yang akan dipanjatkan kepada Allah untuk kedua ibu bapanya kelak.. tetapi jika rosak akhlak si anak, maka ibu bapa jugalah yang akan menerima Azab daripada perbuatan si anak..
Waktu si anak masih kecil dia ditimang² dan ditatang dengan penuh kasih sayang.. hari berganti hari dia semakin membesar.. kasih sayang ibu bapa padanya tetap tak berubah.. pelbagai cabaran datang menguji kesabaran.. aku akui cabaran hidup masa kini lebih hebat dari dahulu.. ibu bapa perlu ada ilmu untuk lebih memahami perangai dan karenah anak-anak masa kini..
Ada sesetengah pendapat mengatakan, anak² yang berada dalam lingkungan umur 9 tahun ke bawah perlu dimanjakan dan
jangan sesekali dipukul. Sekiranya dia bersikap 'nakal' sekalipun cuba
la kaedah lain untuk mengurangkan kenakalannya itu. Kita dulu pun pernah
melalui usia sebegini dan pernah bersikap nakal tah² skrg pun masih juga nakal kot..
Tapi pada pandangan aku sendiri masih boleh memukul asalkan tidak dipukul di tempat-tempat yang boleh memberi mudarat seperti di kepala. Pukullah seelok²nya di punggung atau di kaki. Setelah keadaan reda, panggil anak dan perjelaskan padanya kenapa dia dipukul.
Antara kaedah yang boleh
dicuba dan dipraktikkan dalam mendidik anak :
1. Semasa anak sedang tidur
- Ia dikatakan waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam. Kerana fikiran bawah sedarnya (subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).
- Letakkan ibu jari kiri anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari kanan anda ke ubun-ubun anak.
- Semasa ibu jari anda diatas ubun-ubun anak, selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad SAW dan bacalah surah Al Fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
- Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Nasihatilah dia dan jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.
- Anda akan dapat melihat tindakbalas darinya iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Ia adalah isyarat bahawa minda bawah sedarnya sedang menganalisa maklumat yang diterima.
2. Bacaan ayat dari Al-Quran
Boleh digunakan untuk mengurangkan masalah kenakalan dan panas baran anak.
- Membaca Surah Thaha ayat 1-5
- Membaca Surah Al-Ikhlas, Al-Fatihah, Ayatul Kursi (1 kali)
- Membaca Bismillah 5 (3 kali)
3. Baca Ya-Muqit atau Ya-Latif
- Hendaklah di baca berulang kali, kemudian tiupkan pada air dan bagi anak minum. Perlu selalu dibuat dan tawakal serta berserah pada Allah SWT.
- Boleh juga dibaca sewaktu mencuci beras untuk memasak nasi atau sedang memasak. Niatkan dalam hati supaya kasih sayang anak sentiasa pada kita.
- Sebaiknya peluklah anak² sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
- Usapkan kepala anak sambil berselawat kepada Nabi Muhamad SAW sambil berniat di dlm hati.
5. Doa Nabi Daud
- Baca Al-Fatihah dan baca Surah Taha Ayat 1-5, kemudian baca doa Nabi Daud sebanyak 3kali.
Maksud ayat :
“Ya Allah, lembutkanlah hati anakku ______________ sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi”
- Boleh juga di baca dan hembuskan pada makanan/minuman.
Itulah serba sedikit amalan yang boleh kita cuba amalkan.. aku sendiri pun sedang mencuba ni.. :-) Mudah²an segala usaha kita diberkati Allah dan mendapat anak yang soleh/solehah.. InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment