Alhamdulillah dapat juga aku join Parenting Seminar yang dianjurkan dekat opis ni.. sedikit sebanyak dapat menambah lagi ilmu keibubapaan yang tak berapa nak ada dalam diri ni.. terus terang cakap bukan senang nak jadi ibu bapa.. bila dah jadi ibu baru dapat rasa bagaimana perasaan mak dan abah waktu membesarkan aku dan adik² dahulu..
Banyak topik yang disentuh oleh Ustazah waktu seminar tu. Then tiba² timbul satu soalan dari dia.. "Siapa yang tahu doa ketika hari pertama datang haid?"... ermm masing² pun ternganga dan terpikir² ada ke doa tu? tak pernah dengar pun.. Ustazah hanya tersenyum.. dia kata dia tau doa tu pun selepas 30tahun hidup kt dunia ni.. itu pun selepas dia bertanya pada Tn Gurunya Datuk Dr Fadhilah Kamsah.. "kenapa Datuk tak share dekat kami doa ni dari dulu?" ; "malas nak ambil port sebab saya tak period", kata Datuk.. begitulah sebagaimana yang diceritakan oleh Ustazah waktu seminar..
So inilah doa yang patut kita baca pada hari pertama kita period.. kita?? KITA kata ganti diri bagi yang bergelar wanita, gadis atau perempuan sahaja ye.. :-)
"Alhamdulillahi`Alaa Kulli Haalin Wa Astaghfirullaha Min Kulli Zanmbin"
Maksudnya : Segala puji bagi Allah di atas segala hal dan aku memohon keampunan kepada Allah daripada segala dosa.Riwayat Daripada Saiyidina Aishah R.A. diambil daripada kitab yang bernama Durratun Nasihin Fil Wa, zi Wal Jsrar dikarang oleh Osman Bin Hasan Ahmad As Sakiril Khubuwi;
"Tidak
ada daripada seorang perempuan yang kedatangan haid melainkan adalah
haidnya itu menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu daripada segala
dosa-dosanya dan sekiranya ia membaca doa (dibawah) pada hari yang
pertama yakni:
Allah menjanjikan kepadanya terlepas daripada api neraka dan dapat melalui Titian Siratulmustaqim dengan selamat dan aman daripada Azab dan akan ditinggikan Allah Ta'ala baginya pada setiap satu hari dan satu malam bersamaan pahala empat puluh orang yang mati syahid dan perempuan itu dikira berzikir kepada Allah Taala selama dia di dalam masa haidnya. Info ini sedikit sebanyak diambil dari blog : http://keluargakusayang.blogspot.com
Begitulah sayangnya Allah pada kaum wanita/perempuan kan.. meskipun kita di dalam keadaan tidak boleh beribadat, tapi Allah masih menganugerahkan wanita dengan pahala yang berlipat ganda.. harap dapat sama-sama kita amalkan doa ini, untuk kesejahteraan kita bersama.. InsyaAllah..
syukran untuk perkongsian ini :)
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tidak seberapa ini.. :-)
Delete