25 Oct 2012

JOM SWIMMING..!!

                         


Hari Khamis, sebelum cuti hari raya haji yang lepas aku bawak kids, Ikin n bibik gi kolam.. aku saje layan diorang mandi manda.. aku takde mood plak nak join sama.. yela kalau pi swimming sekali dengan anak² ni letih lebih sket.. yelah mane nak siapkan diorg lagi, siapkan diri sendiri lagi.. tak kan nak harapkan bibik buat semua.. dia pun bukan main excited lg tak boley tahan tengok air.. hehhee.. so bagi chance la diorg mandi manda dulu.. next time la aku join..

Kali ni aku bawak diorang gi kolam renang kat Presint 16.. Waktu ni kolam memang tak ramai orang.. ramai yang dah cuti and balik kampung.. disebabkan aku tak balik cuti raya haji ni, tu yang kami beraya di kolam.. hehe.. memang enjoy aku tengok anak² aku mandi manda.. sampaikan bibik pun sekali boley main kat gelungsur air kanak² tu.. melepaskan gian la tu.. 
Budak yang cepat nak terjun masuk air tapi cepat naik sebab selalu tak tahan sejuk..

Ni tak padan dengan kecik.. meronta² nak masuk dalam kolam..
Yang sorang ni suka menyelam
Seronok la tu dia sorang je dalam kolam tu..
Walaupun dah gigil², tetap nak berendam jugak
Adam dok usha goggle Cik Kin, nak pinjam la tu.. hehe
Ada air pancur..

Kebiasaannya dalam sebulan tu 2-3 kali juga la aku bawak kids ke kolam renang.. banyak kebaikan pegi berenang ni, selain daripada dapat menyihatkan badan dan jantung terutamanya, dapat juga melayan anak² bermesra dan bergurau senda di kolam.. Aiman pernah belajar berenang masa umur dia 5 & 6 tahun di Little Caliphs Pre-School dulu. so boleh la swim sket².. Fea memang tak tau lagi laa.. setakat ke hulu ke hilir dengan pelampung dia tu jela..

Rilex je eh..
Di Putrajaya ni memey best la.. kolam renang ada, pusat riadah pun banyak.. nak dengan tak nak je.. boleh dikatakan hampir di setiap kawasan kejiranan tu ada kolam renang.. untuk kanak² charge masuk hanya RM1 dan dewasa RM2, valid untuk tempoh 2 jam.. so far ni antara kolam² yang aku penah and biasa pegi area Putrajaya ni..

Jadual nak masuk kolam
Wristband nak masuk kolam
Kolam Renang Presint 5
Kolam Renang Presint 11
Kolam Renang di Pusat Maritim
Kolam Renang Presint 9
Kolam Renang Presint 16





14 Oct 2012

TONSIL





Dah 3 hari tekak ni rasa tak selesa.. rasa perit ada, rasa gatal² pun ada.. kalau boleh garu memey nak garu aje.. Aku dah mengalami mende alah ni lebih kurang 30 tahun jugak la.. dah puas demam dan batuk teruk.. dah banyak kali jugak la doc arrange untuk pembedahan tonsil, tapi hati masih belum terbuka lagi nak pegi buat.. hehe.. So arini aku bukak topik pasal tonsil la.. nak sharing dengan pembaca² blog ni sedikit sebanyak tentang tonsil nie..  

Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan.. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit.. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut iaitu :


1. Adenoids - Tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils - Tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils - Tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan

 

 

Radang tonsil atau Tonsillitis  

Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jankitan di dalam mulut. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untuk melawan penyakit. Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.  


Penyebab dan gejala Tonsillitis

Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles juga boleh menyebabkan pembengkakan tonsil.


Antara gejala Tonsillitis

1. Sakit tekak yang teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
3. Demam pada suhu yang tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.

7. Berdengkur waktu tidur

 

Komplikasi Tonsillitis

Radang tonsil biasanya berlaku di dalam umur 3 tahun ke atas. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah biasanya jarang terkena tonsil ini walaupun tidak terkecuali. Paling kerap adalah berumur di dalam lingkungan 5-15 tahun. Ia sering menjadi masalah kepada ibu-bapa kerana anak akan kerap demam akibat tonsillitis. Kadangkala setiap 2 bulan ibu dan bapa akan datang ke klinik kerana masalah ini. Ia melibatkan kos ubat dan masa.

Oleh kerana umur yang kerap terkena adalah dari golongan umur persekolahan, ada anak-anak yang terpaksa mengambil cuti panjang daripada persekolahan kerana masalah ini. Ini menyebabkan anak-anak ketinggalan di dalam mata pelajaran dan menyebabkan keputusan peperiksaan tidak memuaskan. Anak yang sering sakit akan berasa rendah diri dan pertumbuhannya juga boleh terganggu.

Tonsilitis kebanyakannya tidak merbahaya. Ada kes terpencil jangkitan bakteria yang menyebabkan septicaemia atau kuman yang merebak ke dalam salur darah. Ada juga yang mengaitkan jangkitan tonsil ini dengan penyakit Acute glomerulonephritis (sejenis jangkitan buah pinggang) dan rheumatic fever (penyakit bawaan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan masalah jantung).

"Sleep apneoa" atau penyakit berhenti bernafas semasa tidur boleh disebabkan oleh pembengkakkan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu pernafasan. Biasanya ia dikaitkan dengan tidur berdengkur dan kesukaran bernafas semasa tidur. 

Rawatan Tonsillitis

Pada kebiasaannya, doctor hanya membekalkan aku  dengan lozenges untuk meredakan kesakitan. Thymol gargle atau Difflam gargle juga diberikan untuk mengurangkan keradangan dengan cara berkumur. Ada juga doctor yang beri ubat tahan sakit seperti paracetamol atau ibuprofen. Ubat antibiotik hanya akan diberikan sekiranya tonsil itu disebabkan oleh jangkitan bakteria. Biasanya antibiotik yang diberi ialah dari jenis penicillin seperti amoxycillin atau ampicillin. 


Tonsillectomy
Pembedahan membuang tonsil atau tonsillectomy adalah jalan terakhir untuk mengelakkan radang tonsil daripada berulang-ulang. Ada pendapat pakar yang menyatakan bahawa membuang tonsil boleh mengurangkan sedikit sistem pertahanan badan. Oleh hal yang demikian, pembuangan tonsil perlu dilakukan secara berhati-hati. Pesakit perlu berjumpa dengan pakar ENT sebelum membuat keputusan membuang tonsil. Pakar ENT mempunyai kaedah dan perkara² yang perlu diteliti sebelum pembedahan dilaksanakan. Jika jangkitan tonsil agak kerap seperti 3 kali jangkitan dalam tempoh masa setahun dan berlaku selama 3 tahun berturut-turut, kebiasaanya doctor akan mengesyorkan pesakit supaya membuat tonsillectomy. Tempoh pembedahannya adalah singkat dan biasanya pesakit hanya akan tinggal di wad selama 2-3 hari sahaja. Pesakit akan dibenarkan pulang sekiranya tiada demam dan tiada pendarahan selepas pembedahan. 

Tonsillectomy

Rupa tonsils yang telah dibuang

Waahhh aku bercerita dah macam doctor pulak.. hehehe.. tu la sedikit info tentang tonsil.. kalau ada apa² info yang menarik dan bermanfaat lagi, InsyaAllah akan dikongsikan disini.. tak lupa juga kredit pada owner blog http://www.biovco.com  kerana banyak info telah diambil dari sana.. :-)

12 Oct 2012

ANAK





Adalah ANUGERAH dan AMANAH dari Allah yang tidak ternilai harganya bagi pasangan yang bergelar suami isteri.. tanggungjawab untuk menjaga dan mendidik anak juga bukan tanggungjawab yang kecil.. anak itu yang akan menjadi pembantu pada ayah dan ibu di saat berada di alam barzakh dan akhirat nanti.. jika baik didikan yang diterima si anak.. maka banyak la doa yang akan dipanjatkan kepada Allah untuk kedua ibu bapanya kelak.. tetapi jika rosak akhlak si anak, maka ibu bapa jugalah yang akan menerima Azab daripada perbuatan si anak.. 

Waktu si anak masih kecil dia ditimang² dan ditatang dengan penuh kasih sayang.. hari berganti hari dia semakin membesar.. kasih sayang ibu bapa padanya tetap tak berubah.. pelbagai cabaran datang menguji kesabaran.. aku akui cabaran hidup masa kini lebih hebat dari dahulu.. ibu bapa perlu ada ilmu untuk lebih memahami perangai dan karenah anak-anak masa kini.. 
 
Ada sesetengah pendapat mengatakan, anak² yang berada dalam lingkungan umur 9 tahun ke bawah perlu dimanjakan dan jangan sesekali dipukul. Sekiranya dia bersikap 'nakal' sekalipun cuba la kaedah lain untuk mengurangkan kenakalannya itu. Kita dulu pun pernah melalui usia sebegini dan pernah bersikap nakal tah² skrg pun masih juga nakal kot.. 

Tapi pada pandangan aku sendiri masih boleh memukul asalkan tidak dipukul di tempat-tempat yang boleh memberi mudarat seperti di kepala. Pukullah seelok²nya di punggung atau di kaki. Setelah keadaan reda, panggil anak dan perjelaskan padanya kenapa dia dipukul.

Antara kaedah yang boleh dicuba dan dipraktikkan dalam mendidik anak : 

1. Semasa anak sedang tidur 
  • Ia dikatakan waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam. Kerana fikiran bawah sedarnya (subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar). 
  • Letakkan ibu jari kiri anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari kanan anda ke ubun-ubun anak.
  • Semasa ibu jari anda diatas ubun-ubun anak, selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad SAW dan bacalah surah Al Fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda. 
  • Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Nasihatilah  dia dan jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda. 
  • Anda akan dapat melihat tindakbalas darinya iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Ia adalah isyarat bahawa minda bawah sedarnya sedang menganalisa maklumat yang diterima.
2. Bacaan ayat dari Al-Quran
Boleh digunakan untuk mengurangkan masalah kenakalan dan panas baran anak.
  • Membaca Surah Thaha ayat 1-5
  • Membaca Surah Al-Ikhlas, Al-Fatihah, Ayatul Kursi (1 kali)
  • Membaca Bismillah 5 (3 kali)
3. Baca Ya-Muqit atau Ya-Latif
  • Hendaklah di baca berulang kali, kemudian tiupkan pada air dan bagi anak minum. Perlu selalu dibuat dan tawakal serta berserah pada Allah SWT.
  • Boleh juga dibaca sewaktu mencuci beras untuk memasak nasi atau sedang memasak. Niatkan dalam hati supaya kasih sayang anak sentiasa pada kita.
4. Ketika memeluk anak
  • Sebaiknya peluklah anak² sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
  • Usapkan kepala anak sambil berselawat kepada Nabi Muhamad SAW sambil berniat di dlm hati. 
5. Doa Nabi Daud
  • Baca Al-Fatihah dan baca Surah Taha Ayat 1-5, kemudian baca doa Nabi Daud sebanyak 3kali. 
Maksud ayat :
“Ya Allah, lembutkanlah hati anakku ______________ sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi” 
  • Boleh juga di baca dan hembuskan pada makanan/minuman.
Itulah serba sedikit amalan yang boleh kita cuba amalkan.. aku sendiri pun sedang mencuba ni.. :-) Mudah²an segala usaha kita diberkati Allah dan mendapat anak yang soleh/solehah.. InsyaAllah..

9 Oct 2012

ADAM 1 TAHUN





Hari ni Syahir Adam - Al Hafiz genap setahun.. terasa begitu pantas masa berlalu.. nama asalnya tak lah sepanjang itu.. saje aku beri gelaran macam tu sejak dengar ceramah tentang kebaikan kita menggelar anak² dengan panggilan nama yang baik.. niat dihati nak tengok salah seorang dari anak²ku jadi penghafaz al quran atau lebih dikenali sebagai Huffaz.. mudah²an niatku ini dimakbulkan Allah.. Amin..
Kakak Fea nak interprem jugak walaupun hanya nampak tangan.. hehe
Mengimbas kembali detik setahun yang lepas.. memey tak dapat dilupakan.. pada aku setiap kelahiran punya kenangan dan kemanisan masing².. kalau nak dikira sakitnya memey tak dapat nak digambarkan dengan kata² mahupun tulisan.. tapi bila dikenang kembali ia suatu pengalaman yang cukup berharga dan manis bagi seseorang yang bergelar ibu.. saat melihat wajah anak yang baru dilahirkan, bermacam² rasa yang timbul.. sebak mengenangkan kurniaan Allah yang tidak ternilai ini telah selamat berada didalam pangkuan.. 

Selamat datang ke dunia sayang..
Alhamdulillah, Allah dah takdirkan aku dapat merasa melahirkan anak cara normal dan melalui Caesarean section.. anak yang sulung Shahrul Aiman lahir pada 11 Mac 2005 secara normal dengan berat hanya 2.55kg.. :-) Suffiyah Najihah pulak terpaksa melalui C-section sebab breech, punggung ke bawah.. doc dah cuba buat ECV (External Cephalic Version) tapi tak berjaya.. memey saje Fea tu nak keluar ikut tingkap gamaknya.. hehe.. takpelah yang penting anak3 mama lahir sihat dan cukup sifat.. Then lahirlah Fea mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh doctor pada 24 Mac 2008 dengan berat 2.85kg.. 

Adam, fresh from the oven.. :-)
Pada tarikh 9/10/11 <<<< cantik tarikh tu kan? Lahirlah hero yang kedua.. seminggu yang terakhir tu, hampir setiap malam akan rasa contraction.. tapi waktu contraction yang paling kuat dan sakit bermula pukul 2.00 pagi 9 Oct tu.. mula sakit selang satu jam, kemudian makin singkat dan singkat.. pukul 8 pagi aku dah bersiap untuk ke hospital.. sempat juga lah menjamah roti sebagai bekalan tenaga.. sakit dah makin kerap 10 minit sekali.. sampai di hospital dah rasa macam tak boleh nak berjalan.. tak tau berapa kali stop dan peluk hubby bila contraction yang kuat tu datang.. setelah di periksa, doc kata bukaan dah 5cm.. disebabkan waktu tu aku memey rasa dah tak berkemampuan nak menahan sakit dan takut tak bertenaga nak meneran, terpaksa la mintak doctor suntik epidural.. dan process selepas itu berjalan seperti biasa tanpa rasa sakit.. bolehlah berzikir dan bersembang² sikit dengan hubby yang setia menemani.. jam 1.20 tengahari Adam pun dilahirkan dengan berat kurang dari abang dan kakaknya.. dia memey comel, berat hanya 2.48kg.. hairan jugak aku kenapa la anak² aku ni semuanya kecik² belaka.. nak kata masa peknen mamanya tak makan, sampai dah terlebih makan.. hehe.. apa pun tak kisah la kan, yang penting ibu dan bayi selamat serta sihat walafiat..  

Alhamdulillah terima kasih Ya Allah.. 


4 Oct 2012

DOA UNTUK WANITA KETIKA DIDATANGI HAID


Alhamdulillah dapat juga aku join Parenting Seminar yang dianjurkan dekat opis ni.. sedikit sebanyak dapat menambah lagi ilmu keibubapaan yang tak berapa nak ada dalam diri ni.. terus terang cakap bukan senang nak jadi ibu bapa.. bila dah jadi ibu baru dapat rasa bagaimana perasaan mak dan abah waktu membesarkan aku dan adik² dahulu.. 

Banyak topik yang disentuh oleh Ustazah waktu seminar tu. Then tiba² timbul satu soalan dari dia.. "Siapa yang tahu doa ketika hari pertama datang haid?"... ermm masing² pun ternganga dan terpikir² ada ke doa tu? tak pernah dengar pun.. Ustazah hanya tersenyum.. dia kata dia tau doa tu pun selepas 30tahun hidup kt dunia ni.. itu pun selepas dia bertanya pada Tn Gurunya Datuk Dr Fadhilah Kamsah.. "kenapa Datuk tak share dekat kami doa ni dari dulu?" ; "malas nak ambil port sebab saya tak period", kata Datuk.. begitulah sebagaimana yang diceritakan oleh Ustazah waktu seminar..

So inilah doa yang patut kita baca pada hari pertama kita period.. kita?? KITA kata ganti diri bagi yang bergelar wanita, gadis atau perempuan sahaja ye.. :-)


"Alhamdulillahi`Alaa Kulli Haalin Wa Astaghfirullaha Min Kulli Zanmbin"
Maksudnya : Segala puji bagi Allah di atas segala hal dan aku memohon keampunan kepada Allah daripada segala dosa.

Riwayat Daripada Saiyidina Aishah R.A. diambil daripada kitab yang bernama Durratun Nasihin Fil Wa, zi Wal Jsrar dikarang oleh Osman Bin Hasan Ahmad As Sakiril Khubuwi;

"Tidak ada daripada seorang perempuan yang kedatangan haid melainkan adalah haidnya itu menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu daripada segala dosa-dosanya dan sekiranya ia membaca doa (dibawah) pada hari yang pertama yakni:

Allah menjanjikan kepadanya terlepas daripada api neraka dan dapat melalui Titian Siratulmustaqim dengan selamat dan aman daripada Azab dan akan ditinggikan Allah Ta'ala baginya pada setiap satu hari dan satu malam bersamaan pahala empat puluh orang yang mati syahid dan perempuan itu dikira berzikir kepada Allah Taala selama dia di dalam masa haidnya. Info ini sedikit sebanyak diambil dari blog : http://keluargakusayang.blogspot.com
 
Begitulah sayangnya Allah pada kaum wanita/perempuan kan.. meskipun kita di dalam keadaan tidak boleh beribadat, tapi Allah masih menganugerahkan wanita dengan pahala yang berlipat ganda.. harap dapat sama-sama kita amalkan doa ini, untuk kesejahteraan kita bersama.. InsyaAllah..