24 Mar 2013

FEA 5TH BIRTHDAY



Selamat Hari Lahir yang ke 5 buat puteri mama Suffiyah Najihah binti Syahmi.. Alhamdulillah setinggi² syukur ke hadrat Illahi atas segala kemudahan yang Allah telah pinjamkan kepada anak mama dan kita sekeluarga.. moga hari berganti hari ketaatan kita pada Yang Esa semakin kuat dan mendalam.. Amin..

Buat masa ni Fea la satu²nya anak dara mama n papa.. InshaAllah kalau ada rezeki nanti Allah bagi Fea kawan yea.. :-)

Entri sebelum ni aku penah cerita proses kelahiran anak sulung aku Aiman.. kali ni aku nak stori mori pasal Fea pulak.. 

Fea Yaya..

Aku mengandungkan Fea masa aku dah berpindah ke KL.. gap Fea dengan abang dia ngam² 3 tahun.. berkongsi bln yg sama dengan abangnya.. Aiman 11hb, Fea 24hb.. boleh celebrate sekaligus dan yg penting jimattt... :-)  

Sepanjang mengandungkan Fea, Alhamdulillah segalanya dipermudahkan.. aku lebih lasak kalau nak compare masa pregnantkan Aiman.. berat badan tak naik byk.. masa kandungan 7 bulan gagah lagi aku bercuti ke Langkawi bawak Aiman.. masatu memang merayap tak ingat.. Mangrove tour, Island Hoping, naik cable car.. cuma panjat Telaga Tujuh je yang aku tak larat.. hihihi.. 


Nak share satu pengalaman yg aku tak boleh lupa masa brcuti tu.. dipendekkan cerita kami pegi Island Hoping, singgah di Pulau Beras Basah.. tgh leka berehat sambil² makan roti sama² dgn Aiman, aku disergah sekumpulan monyet.. gila terkejut aku waktu tu.. roti abis disambar monyet² yang kelaparan dan kemaruk itu..


Seminggu lepas balik dari Langkawi aku pergi check up.. elok² kandungan sebelum tu dalam keadaan normal (kepala di bawah), boleh pulak jadi melintang (breech)..
Cephalic Breech
Terkejut jugak masa doctor inform tu.. apa pun aku redha dan berdoa supaya Allah selamatkan aku dan baby.. besar kemungkinan aku terpaksa melahirkan baby melalui C-Sect (Cesarian Section).. 

Perasaan? Takut, excited.. bercampur².. ada orang kata c-sect tak sakit.. sedar² baby dah keluar.. tapi apa yang aku alami memang tak seperti yang orang kata..


Aku ditolak masuk ke OT lebih kurang jam 12.30tghari.. bayangkan dari pukul 12mlm smlmnya aku disuruh berpuasa.. tu pun aku curik² minum air.. baby dalam perut toksah kata lah.. berjoget² kelaparan..

Alhamdulillah, jam 1.30 tghari, Fea selamat dilahirkan melalui c-sect.. suka bukan kepalang sebab dapat baby girl.. paling aku tak boleh lupa saat mendengar Fea menangis kuat dari bilik di hujung katil operasi.. aku rasa di lapar sangat.. mana tidaknya hampir 14 jam dia tak dpt sumber makanan dari ibunya sebelum dilahirkan..
C-Section

Macam ngeri je.. macam seram je.. huhu

2 jam selepas proses kelahiran baru aku dihantar ke wad.. hubby, aiman and my parents dah ada di sisi katil menunggu aku.. diorang bagitau dari tadi Fea menangis nak susu.. kesian dia.. sambil menyusukan dia, rahim aku dah mula rasa sakit².. makin lama makin sakit.. rasa sakit tu mcm contraction nak bersalin pun ada.. mak kata tu sakit darah 'merengat'.. selagi darah tu tak keluar habis memang rasa sakit.. 

Kira² 3 jam jugakla aku bergelut dengan rasa sakit dalam keadaan separuh badan yang kebas tu (ubat bius belum habis).. nasib baik doctor benarkan waris utk teman.. kalau tidak tak tau mcmne nak uruskan baby.. tau² jela bersalin di gov hosp, jangan harap lepas bersalin nak dapat rehat secukupnya.. sendiri la kena bangun untuk urus dan menyusukan baby..

Selepas 3 hari berehat di Hospital Putrajaya, aku dan Fea dibenarkan pulang.. cara berpantang memang berlainan dengan bersalin normal.. berurut tak boleh, makan jamu tak boleh.. nasib ada ibu mertua yang penyayang bekalkan aku dengan Gamogen Healin Gamat.. Alhamdulillah selepas 2 minggu luka operation dah nampak tertutup.. 

Penat dah nak story mory.. jom tengok² gambar lama.. 

Fea 4 months @ kenduri kesyukuran 

Fea @ 5 months

Besar dah masa ni.. 18 months

Melaram bersama abang tersayang..

Fea bestfren, Dora..


Pose melaram lagi dengan abang..

Fea kini.. sangat suka dengan karektor Barbie, Princess dan lain² gurly charactor la..



TAMAN DAN KEK



 

Cuaca cerah..
Taman hijau..
Hari yang baik..
Di Tasik Putrajaya..
Alhamdulillah..

Hari ini kami sambut birthday Aiman dan Fea..
Mereka berkongsi bulan kelahiran yang sama..
MAC..


So, mama dan papa mengambil langkah penjimatan menyambutnya pada satu tarikh yang sama.. 




"Happy Birthday Sweetheart"
Aiman n Fea


Aiman turn 8..



Fea turn 5..







Sukalah tu dapat hadiah..



Aiman's present




Fea dapat 'BabyDoll'



Papa demo sikit.. Aiman dapat remote helicopter..





Jom.. makan time..!!

19 Mar 2013

SOOO SWEET..!!!


Hati mama rasa bunga² sangat.. anak mama yang ensem lagi cute mute buatkan kad khas untuk mama.. Thanks u sooooo much sayang.. I Love U forever and ever.. syian papa jeles tak dapat kad.. hihhih.. alahh bukannya Aiman tak mau buat satu untuk papa, maybe waktu tu dia kesuntukan masa tak sempat nak buat untuk papa.. ayat nak menyedapkan ati je ni.. nanti dia ada free time sure dia buat satu untuk papa.. :-)

Ni la dia hasil keje tangan anak bujang mama.. walaupun hidung mama dah jd macam hidung Woodpecker, tapi demi Aiman mama tak kisah langsung.. hihih.. yang penting Aiman ikhlas.. kan.. kan..


Inilah dia hasil keje Aiman


Jom baca isi dalam kad pulak.. mama sungguh terharu.. huhu..




11 Mar 2013

AIMAN 8TH BIRTHDAY

Alhamdulillah, syukur kepadaMu Ya Allah atas segala rezekiMu, segala keberkatanMu, segala kemudahanMu yang telah Kau berikan pada kami sehingga dapat membesarkan anak3 kami sehingga ke hari ini.. hari ni hari yang istimewa.. hari ulangtahun kelahiran anak sulung aku Shahrul Aiman yang ke 8 tahun.. pejam celik dah ada anak bujang aku rupanya.. semakin dia meningkat umur, maka cabarannya juga semakin besar.. aku perlu penuhkan ilmu untuk lebih kenal dan faham tahap pemikiran dan sikap mereka.. kalau boleh ingin selalu jadi kawan dan pakar rujuk mereka.. 
HaPpY 8th BiRtHdaY tO My BeLoVed SoN ShaHRuL AiMaN..

==>  Mengimbas kembali detik 8 tahun yang lalu memang rasa sweet sangat.. waktu tu aku bertugas di IKBN Pagoh, hubby pulak di KL.. sempatlah melalui saat² PJJ selama setahun.. emosi waktu tu memang pasang surut memandangkan terpaksa duduk sendirian masa mengandung.. nasib ada adik aku Echah yang rajin datang sebagai peneman..  

Nak dijadikan cerita aku dah ambil cuti awal seminggu sebelum sampai due date untuk melahirkan.. duduk rumah parents aku kat Labis.. habis sehari ke sehari tak keluar juga budak tecik ni.. hati dup dap dup dap risau dah ni.. kalau boleh tak nak balik semula ke Pagoh dan sambung keje.. tambah risau kalau tengah dok sorang² tu sakit bersalin datang.. dah la anak sulung, tak penah ada pengalaman plak tu.. Jumaat tu, last day cuti aku ajak mak temankan aku check up kt Southern Hosp Batu Pahat (mmg dah plan nk bersalin kt sini).. doc pun check then dia kata, "Pn boleh balik lulu lagi seminggu balu latang semula".. aku pun jawab, "haiyaaa locter, wa takut mau tunggu maa.. lagi mau balik duduk lumah sendili, nanti kalau telbelanak saya satu olang apa macam maa??" in real situation aku tak cakap loghat macamtu la kat doctor.. mau kena hempuk dengan doctor pulak nanti.. hihihii.. last² doc tu advice memandangkan condition aku n baby semuanya ok, kalau nak induced pun boleh.. 

Dalam kepala aku masa tu hanya pikir nk mudah bersalin dan yang paling penting hubby ada disisi disaat² aku nak melahirkan.. waktu tu baru jam 4.00 petang 11 Mac 2005.. esoknya pulak tarikh penting bagi adik ipar dan bakal birasku yang akan melangsungkan perkahwinan mereka di Mentakab, Pahang.. so kalau aku tak bersalin hari ni, mungkin jugak esok hubby dah tak dapat nak tengok aku.. nak tak nak terpaksa juga aku terima advice doctor tu.. dalam hati ni perasaan aku bercampur baur.. rasa takut, x sabar dan excited.. kumat kamit mulut aku berdoa dan berzikir mengharapkan anak aku selamat dan esok dah boleh dukung budak comeyyy.. :-)

Lepas jumpa doc, aku pun terus dihantar ke ward.. 15 minit kemudian doc datang masukkan ubat untuk induced.. then doc suruh aku rest.. selang 20 minit lepas tu aku dah mula rasa sakit sedikit demi sedikit.. makin lama makin sakit.. aku call hubby waktu tu dia masih dalam perjalanan dari KL ke Batu Pahat.. Aku sabar menunggu ketibaan hubby.. mak dan adik² terpaksa pulang dahulu untuk menyiapkan perkara² yang patut di rumah..

Jam 8.30 malam hubby pun selamat sampai di sisi.. sempatla sembang sikit² dengan dia.. cakap sepatah stop kejap tahan sakit.. pastu sambung sembang semula.. sehinggalah air ketuban aku pecah sendiri jam 10.30 malam.. nurse check pintu rahim dah buka 10cm, terus aku dibawa ke labour room.. hubby masih tetap menemani aku.. midwife n doctor dah get ready dalam bilik tu.. disebabkan seharian aku tak menjamah makanan, aku rasa cukup lemah.. aku cuma minum air je.. bila terasa gesa untuk melahirkan hampir sampai, aku cuba push untuk keluarkan baby.. tapi tak berhasil.. hampir sejam mencuba.. setiap kali gesa datang aku push.. bila takde gesa aku tertido.. gitu la rupanya berlawan antara sakit nak bersalin dan rasa laklok ubat tahan sakit tu.. last² doc terpaksa bantu aku dengan cara vacuum bagi mengelakkan baby lemas.. kesian anak aku tau kena vacuum.. huhuuu.. nasib baik sikit je kesan merah pada kepalanya..

Akhirnya lahir seorang baby lelaki yang berambut lebat.. nampak kecil dan bulat.. berkulit putih.. lepas saja dia keluar doc terus letak atas dada aku dan tunjuk kesan kena vacuum tu.. just kesan bulatan kecil yang berwarna merah.. doc bagitau kena selalu gosok² bagi kesan merah tu hilang..  <==

Ni la dia intan payung berlian mama n papa,
baru 2 hari melihat dunia
Aiman 3 months old
3 mons old - masa ni saya masih di IKBN Pagoh
teman mama saya yang masih keje disini
4 mons old
Gambar di atas diambil waktu baru pindah ke KL.. Alhamdulillah permohonan pertukaran aku ke KL mengikut hubby dipermudahkan.. akhirnya kami dapat duduk bersama semula seperti dulu.. yuhuuuu!!!

Aiman 2 years ++ old
Aiman 3 years old
Mainan kesukaan Aiman.. MegaBlock
Masa kecik suka mickey, dah beso suka BoboiBoy la pulak..

Waktu ni Aiman baru beberapa hari celebrate besday yang ke 3thn.. tahun ni mama+papa bagi Aiman hadiah adik ye..

Aiman 7 yrs old.. buat experiment tanam pokok taugeh..
Aiman di Little Caliphs Sports Day - 6 yrs old
Anak mama+papa yang gigih nak join Interpark Ride, Putrajaya.. waktu ni dia baru 6 thn..
Hero mama+papa di hari pertama sesi persekolahan 2012..
Aiman terkini.. dia masih seperti dulu².. suka senyum..

Oh ye, aku tingat plak nak selit and share sikit info pasal Induced Delivery and Vacuum Delivery.. bukan vacuum cleaner ye.. konsepnya mungkin sama tapi rupa alatnya

Biasanya ibu² akan di offered utk induction bila doctor dapati :

  • Ibu overdue (terlebih masa dari yang dijangkakan)
  • Air ketuban dah pecah tapi masih tiada tanda² nak bersalin atau contraction.
  • Ibu mempunyai diabetes
  • Ibu mempunyai sakit yang kronik
  • Dan ada juga ibu yang minta untuk di induced atas sebab² peribadi seperti mahu merancang tarikh kelahiran anak.. atau alasan macam aku.. :-)
Kaedah Vacuum Delivery
Vacuum Delivery
'In an assisted vaginal delivery, your healthcare practitioner uses either a vacuum device or forceps to help your baby out of the birth canal. Your practitioner may recommend this if you've been pushing for a long time and you're completely worn out, or if your baby's nearly out but his heart rate is "non reassuring." (If you have a midwife attending you, her backup physician will perform the delivery). Your practitioner applies a flexible, rounded cup to your baby's head in the birth canal. The cup is connected to an electric suction pump or a small handheld pump that creates vacuum pressure to hold the cup securely to the baby's head. You'll be asked to push while the doctor gently pulls on a handle attached to the cup, to help move your baby down and out of the birth canal.' Sumber diperolehi dari www.babycenter.com.my

Itu saja lah sedikit info yang aku boleh sharekan untuk pengunjung blog ni.. kalau nak tau selebihnya sila la click pada link di atas ye.. Aku abadikan sedikit sebanyak kisah Aiman disini buat tatapan aku dan Aiman sendiri bila dia dah dewasa nanti.. Sekali lagi mama nak wish a very happy birthday untuk anak bujang mama ni.. mama selalu doakan anak mama sentiasa sihat dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi serta menjadi muslim sejati didunia hingga akhirat.. Amin..


7 Mar 2013

ANAK² DAN PANTAI

Anak² aku dan pantai mmg tak dapat dipisahkan.. dari kecik sampai ke beso semua suka pantai, suka ombak, suka pasir dan apa jua yang ada kat pantai tu.. diorang tak penah rasa bosan.. setiap kali plan nak pegi bercuti sure anak² tanye ada pantai tak? ada pool tak? hihihi.. memey jenis suka main air.. aku happy sangat bila tengok anak² brsuka ria, gelak ketawa dan bebas ke sana kemari bermain air dan pasir.. anak² aku ni memey menurun perangai aku n hubby.. sbb kami pun suka pantai, suka pada tempat² yang berayor, dan yang paling penting ia mendamaikan.. ada juga cita² suatu hari nanti nak berumah ditepian pantai.. x gitu darling?? :-)


Subhanallah indah sungguh ciptaan Allah..

Biru mata cokelatku.. cantikkan??


Tools² yang sentiasa bersama anak² tiap kali ke pantai..

Entah apa yang dibincangkan budak 2 org nie..
 
Budak pantai..

Ni sorang lagi budak pantai..

Freedom la tu kononnya.. boleh buat ape yg dia suka..


Fea yahuuu disana yahuuu disini..





 


Koleksi gambo anak² aku di pantai memang banyak sangat sampai tak larat nak upload.. seronok dapat ragam gelagat dan aksi² bebas diorg ni.. boleh buat kenangan untuk aku dan hubby bile dah tua nanti.. hihih.. aku sejak dah beranak 3 ni kurang sikit la nk interprem.. jadi tukang snap photo n tukang haplod sudah la yek.. hihihih..

Gambar² tersebut di ambil di sekitar Pantai Cherating, Pahang dan Pantai Kelulut, Terengganu..