19 Jan 2013

RIDE TO PULAU MUTIARA 2013


Lama betul pospone untuk tulis entry ni.. biasalah kalau kemalasan melanda tu memang tak jadi apa laa.. sudahnya terbengkalai gitu sajalah gambar² yang diambil sepanjang perjalanan dari BSP ke Penang awal tahun aritu..

Penang boleh dikatakan destinasi yang best jugak.. aku dan hubby pun tak rasa asing sangat dengan Penang ni sebab masing² pernah 3-4 tahun bertugas disini.. waktu awal perkahwinan pun kami menetap di Penang.. so far bestlaaa.. sebelum ni kami ke sana dengan kereta tapi kali ni nak cuba test try naik moto pulak.. disamping nak menguji tahap ketahanan moto, dapat juga menguji tahap ketahanan pinggang ku ini.. hihihi..

Awal pagi Sabtu kami gerak dari rumah.. terima kasih banyak kat mak dan abah yang sudi tengok²kan my 3 stooges kat rumah.. dengan pertolongan bibik harap² ringan sikitlah beban mak ngn abah.. 

Ok jom kita bercerita sambil tengok gambarssss.. 

Sempat snap picca masa berhenti rehat dekat RnR Tapah

Perjalanan diteruskan menuju ke Pulau Mutiara..

Tempat terjatuh lagikan dikenang inikan pulak tempat mencari rezeki.. lama x lama la 3 tahun jugak aku kat sini.. 

Menuju ke Terminal Feri Butterworth..

Bayaq tol dulu baru boleh lalu..!!

Ni haaa ratenya.. kira dah naik 70 sen dari time aku dok Penang dulu..

Sempat lagi cik abe I ni posing sementara menunggu turn nak naik feri..

Feri Pulau Payar sudah sampai..

Boarding the Pulau Payar..

Merasa jugak Mr 'V' naik feri..

Sampe sudah di Georgetown..

Perjalanan dari Bandar Seri Putra ke Penang memakan masa lebih kurang 3 jam + 15 minutes stop @ RnR Bukit Gantang.. so far rasa biasa je kali ni takde la rasa lenguh² badan sangat.. maybe sebab dah banyak kali jugak follow cik abe gi ride.. Cuaca pun agak cerah dan tiada tanda² nak hujan.. Alhamdulillah setelah melalui jalan darat dan air sampai jugak kami di Hydro Hotel Penang..


Hotel main entrance..


Membelek² barang yang patut di bawa naik..

Melegakan anggota² yang lenguh sebelum 'check in' bilik..

View dari dalam bilik hotel.. wahhh alangkah sedapnya kalau dapat membongkangkan diri..
View luar bilik..

View luar bilik..

Setelah melepaskan segala lelah, bermandi manda dan bergurau senda.. kini aktiviti meronda pula..

Posing dulu sebelum melawat kawasan..

Sekali sekala camerawoman nak inteprem jugak.. wahh berkilau² porch beg I.. hahaha

Melintas jalan nak ke Medan Selera Miami Beach.. apalagi nak mencari tempat untuk mencekik, blom lunch lagi tau..

Air kelapak memey banyak dekat sini.. 

Tunggu bas ke bang??

Oleh kerana area Miami Beach (Batu Feringgi je sebenonya) agak sesak dengan kenderaan yang lalu lalang melalui jalan yang agak sempit, kami bercadang untuk jalan kaki dan mengambil bas sahaja dari hotel ke Pasar Malam Batu Feringghi.. syok juga sekali sekala naik bas ni.. last naik bas pun rasanya 10 tahun yang lepas.. :-)

Mak Pak yang seronok dapat naik bas..

Batu Feringghi Night Market


Salah satu daya tarikan dekat area Batu Feringghi ni adalah Night Market atau orang kita panggil pasor malam.. Tempat ni memey meriah terutamanya masa time cuti sekolah or weekend. Macam² barang ada dijual kat pasor ni.. Ia dibuka setiap petang hingga pukul 12 malam.. 

Macam² ado..

Mari adik mari kakak mari pilleyyy..

Kedai makan Tarbush pun ada kat sini..

Percutian 2h1m kami berakhir disini.. sebelum meneruskan perjalanan, pagi tu kami menikmati buffet breakfast di Hydro Hotel.. so far makanannya sedap² dan variety.. 

Jom makan..!!

Perjalanan pulang melalui Gurney Drive heading to Georgetown
Padang Kota Lama

Snap photo dari atas motor je ni..


Sempat kami singgah disini..

Sila abaikan batang pancing tu ye.. ia tiada kena mengena dalam ini cerita.. hihi

Ngada² nak posing ngan kapal..

Isi tank dulu, cuaca boleh tahan panas ni..

Menora Tunnel heading to South..

Yuhuuuu... golap2 dalam tunnel..

Cuaca agak cantik waktu ini..

Tanda² hari mahu hujan.. kelihatan awan sudah mula memberat..

Akhirnya.. hujan yang turun bagaikan mutiara..
Try ikut Highway Guthrie..

Biasanya kami jarang makan berat² bila ride jauh².. cukup hanya mengambil heavy meal waktu breakfast.. alhamdulillah perut jenis sekolah dan boleh tahan lapar nampak gayanya.. hihii.. sebelum sampai rumah kami stop di RnR Dengkil dan layan Mandy Rice.. waktu tu dah jam 4 petang.. so far boleh tahan jugak la nasik disini.. cuma tak sempat nak snap gambors sebab dua² nya dah lapo beno time nie.. hihihi..


Layan Mandy Rice disini.. 

No comments:

Post a Comment