Sedang sibuk menyiapkan kerja² rutin di opis tiba² terlintas nak open entry pasal topik ni.. mungkin sebab dok teringatkan anak yang sedang demam dirumah tu.. walaupun dah besar tapi masih mahu diberi perhatian dan dibelai manja.. itulah anak.. kita yang tua ni pun kadangkala lagi teruk meragamnya waktu demam/ sakit.. inikan pulak budak² kan.. layankan ajelaa..
So entry kali ni aku nak share sikit tips untuk demam cepat sembuh.. tips di bawah dicedok dari blog sorang doctor yang kliniknya berdekatan dengan rumah aku.. seorang doctor yang peramah dan sangat mengambil berat.. mohon share info disini ye doctor sebagai panduan kepada pengunjung² blog saya ini.. :-)
"Kajian bersama pelajar Universiti Sains Islam Malaysia bagi perundingan
pesakit di klinik pesakit luar menunjukkan 70 peratus pesakit mengadu
dengan keluhan demam. 60 peratus merupakan demam akibat jangkitan
saluran pernafasan atas- jangkitan di tekak (pharynx), jangkitan tonsil,
belakang tekak( larynx) atau jangkitan saluran pernafasan bawah-
tracheitis, bronchitis,bronchiolitis.
Setiap
dari kita tentunya akan mengalami demam sepanjang hidup ini. Tidak
mengira umur dan jantina. Bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa lelaki dan
perempuan serta warga emas tentu akan mengalaminya. Ia lebih kerap
terjadi kepada kumpulan rentan iaitu bayi, kanak-kanak dan warga emas.
Juga pemulihan lebih lambat pada peringkat usia ini.
Demam
merupakan reaksi badan yang normal. Ia merupakan tindakan yang
menunjukkan sistem pertahanan badan menghadapi ancaman musuh. Sistem
pertahanan tubuh diaktifkan bertujuan menentang jangkitan atau sebarang
ancaman kesihatan.
Ramai
yang beranggapan bahawa ubat panadol akan menyembuhkan penyakit. Ubat
panadol atau nama saintifiknya paracetamol hanya menurunkan suhu badan
sementara dan suhu badan akan meningkat semula sekiranya penyebab demam
itu tidak ditangani. Paracetamol hanya mengurangkan gejala penyakit di
awal selsema . Jika berlarutan selepas 2 hari , dapatkan pemeriksaan
lanjutan untuk mengenalpasti serta menangani penyebab demam tersebut.
Tahukah anda bahawa jangkitan paru-paru masih merupakan penyebab jangkitan yang paling sering manjangkiti warga emas tetapi tanpa gejala demam atau batuk.
Kebanyakan mereka hanya tidak lalu makan sahaja dan menyebabkan
penyusutan tubuh secara mendadak. Keadaan ini menunjukkan mekanisma
sistem tubuh telah menjadi lemah dan mekanisma gagal memberi reaksi yang sepatutnya.
Lapan
puluh peratus penyebab demam secara tiba-tiba disebabkan oleh
pendedahan tubuh kepada satu jenis virus-virus baru bilamana tiada
antibodi yang khusus yang telah terhasil di dalam tubuh untuk membunuh
virus tersebut . Sejak dulu, kini dan akan datang- virus masih merupakan
80 peratus demam pada manusia.
Virus mengalami perubahan mutasi dengan sedikit perubahan
strukturnya.Akibatnya tubuh perlu menghasilkan antibodi baru untuk
membunuhnya. Ramai di antara pesakit yang mengalami demam akibat virus
akan bertanya, virus tu apa doktor?
Belum
ada lagi buku di pasaran yang mengupas tajuk ini secara terperinci.
Oleh itu saya mengambil inisiatif ini untuk membuka minda anda untuk
membantu anda lebih memahami apa yang terjadi di dalam diri apabila anda
demam dan bagaimana menangani demam dengan lebih berkesan. Sekiranya
setiap orang bertanggungjawab untuk menambah sedikit pengetahuan ini
walaupun kedengarannya biasa tetapi saya berharap usaha ini ia dapat
membantu mnegurangkan kedatangan ke unit
kecemasan hospital. Sekiranya anda tahu mengendalian kes demam dan
memahami kes-kes mana yang bahaya dan memerlukan rawatan segera di
hospital.
:: Apakah fungsi ubat bagi demam akibat jangkitan virus?
- Ubat-ubat yang diberikan bertujuan memberi kelegaan dari tanda-tanda jangkitan virus-virus ini seperti selsema, sakit sendi, sakit badan dan batuk.
- Pemulihan tubuh dari jangkitan virus ini hanya apabila tubuh anda menghasilkan antibodi yang sesuai untuk membunuh virus-virus tersebut.
- Jangkamasa pemulihan dari semua jangkitan virus secara umumnya bergantung kepada berapa lama masa yang diperlukan oleh sistem pertahanan anda menghasilkan antibodi khusus terhadap virus yang sedang menjangkiti anda.Antibodi perlu dihasilkan oleh tubuh sendiri.
:: Sistem pertahanan tubuh anda adalah sistem pertahanan peribadi.
Kekuatan sistem pertahanan tubuh masing-masing berbeza bergantung
kepada makanan yang anda makan, ancaman kesihatan di persekitaran anda
seperti pencemaran dari asap rokok sama ada anda adalah perokok atau
perokok pasif. Faktor lain adalah pendedahan tubuh kepda bahan-bahan
kimia seperti karbon monoksida dari asap kereta, racun serangga pada
makanan, pengawet dan pewarna makanan. Juga bergantung kepada
hormon-hormon stress yang terangsang di dalam tubuh anda yang
mengurangkan keberkesanan sistem pertahanan tubuh anda. Pemikiran
positif dan amalan kerohanian yang berterusan juga mempengaruhi
ketahanan sistem pertahanan tubuh anda.
Kajian
saintifik di barat menunjukkan di antara 70 peratus sehingga 90 peratus
kedatangan di klinik ada kaitan dengan stress. Stress menyebabkan
peningkatan hormon kortisol yang mempengaruhi keberkesanan sel-sel darah
putih memantau penyebab penyakit dan melambatkan penghasilan tubuh
membentuk antibodi.
Luangkan
sedikit masa emas anda untuk menyelami mekanisma tubuh ini dan
mengetahui apakah yang ada di dalam diri sendiri bagi membantu
penyembuhan demam dengan lebih cepat dengan izin Allah." http://drshahriahismail.blogspot.com
No comments:
Post a Comment