19 Jan 2013

RIDE TO PULAU MUTIARA 2013


Lama betul pospone untuk tulis entry ni.. biasalah kalau kemalasan melanda tu memang tak jadi apa laa.. sudahnya terbengkalai gitu sajalah gambar² yang diambil sepanjang perjalanan dari BSP ke Penang awal tahun aritu..

Penang boleh dikatakan destinasi yang best jugak.. aku dan hubby pun tak rasa asing sangat dengan Penang ni sebab masing² pernah 3-4 tahun bertugas disini.. waktu awal perkahwinan pun kami menetap di Penang.. so far bestlaaa.. sebelum ni kami ke sana dengan kereta tapi kali ni nak cuba test try naik moto pulak.. disamping nak menguji tahap ketahanan moto, dapat juga menguji tahap ketahanan pinggang ku ini.. hihihi..

Awal pagi Sabtu kami gerak dari rumah.. terima kasih banyak kat mak dan abah yang sudi tengok²kan my 3 stooges kat rumah.. dengan pertolongan bibik harap² ringan sikitlah beban mak ngn abah.. 

Ok jom kita bercerita sambil tengok gambarssss.. 

Sempat snap picca masa berhenti rehat dekat RnR Tapah

Perjalanan diteruskan menuju ke Pulau Mutiara..

Tempat terjatuh lagikan dikenang inikan pulak tempat mencari rezeki.. lama x lama la 3 tahun jugak aku kat sini.. 

Menuju ke Terminal Feri Butterworth..

Bayaq tol dulu baru boleh lalu..!!

Ni haaa ratenya.. kira dah naik 70 sen dari time aku dok Penang dulu..

Sempat lagi cik abe I ni posing sementara menunggu turn nak naik feri..

Feri Pulau Payar sudah sampai..

Boarding the Pulau Payar..

Merasa jugak Mr 'V' naik feri..

Sampe sudah di Georgetown..

Perjalanan dari Bandar Seri Putra ke Penang memakan masa lebih kurang 3 jam + 15 minutes stop @ RnR Bukit Gantang.. so far rasa biasa je kali ni takde la rasa lenguh² badan sangat.. maybe sebab dah banyak kali jugak follow cik abe gi ride.. Cuaca pun agak cerah dan tiada tanda² nak hujan.. Alhamdulillah setelah melalui jalan darat dan air sampai jugak kami di Hydro Hotel Penang..


Hotel main entrance..


Membelek² barang yang patut di bawa naik..

Melegakan anggota² yang lenguh sebelum 'check in' bilik..

View dari dalam bilik hotel.. wahhh alangkah sedapnya kalau dapat membongkangkan diri..
View luar bilik..

View luar bilik..

Setelah melepaskan segala lelah, bermandi manda dan bergurau senda.. kini aktiviti meronda pula..

Posing dulu sebelum melawat kawasan..

Sekali sekala camerawoman nak inteprem jugak.. wahh berkilau² porch beg I.. hahaha

Melintas jalan nak ke Medan Selera Miami Beach.. apalagi nak mencari tempat untuk mencekik, blom lunch lagi tau..

Air kelapak memey banyak dekat sini.. 

Tunggu bas ke bang??

Oleh kerana area Miami Beach (Batu Feringgi je sebenonya) agak sesak dengan kenderaan yang lalu lalang melalui jalan yang agak sempit, kami bercadang untuk jalan kaki dan mengambil bas sahaja dari hotel ke Pasar Malam Batu Feringghi.. syok juga sekali sekala naik bas ni.. last naik bas pun rasanya 10 tahun yang lepas.. :-)

Mak Pak yang seronok dapat naik bas..

Batu Feringghi Night Market


Salah satu daya tarikan dekat area Batu Feringghi ni adalah Night Market atau orang kita panggil pasor malam.. Tempat ni memey meriah terutamanya masa time cuti sekolah or weekend. Macam² barang ada dijual kat pasor ni.. Ia dibuka setiap petang hingga pukul 12 malam.. 

Macam² ado..

Mari adik mari kakak mari pilleyyy..

Kedai makan Tarbush pun ada kat sini..

Percutian 2h1m kami berakhir disini.. sebelum meneruskan perjalanan, pagi tu kami menikmati buffet breakfast di Hydro Hotel.. so far makanannya sedap² dan variety.. 

Jom makan..!!

Perjalanan pulang melalui Gurney Drive heading to Georgetown
Padang Kota Lama

Snap photo dari atas motor je ni..


Sempat kami singgah disini..

Sila abaikan batang pancing tu ye.. ia tiada kena mengena dalam ini cerita.. hihi

Ngada² nak posing ngan kapal..

Isi tank dulu, cuaca boleh tahan panas ni..

Menora Tunnel heading to South..

Yuhuuuu... golap2 dalam tunnel..

Cuaca agak cantik waktu ini..

Tanda² hari mahu hujan.. kelihatan awan sudah mula memberat..

Akhirnya.. hujan yang turun bagaikan mutiara..
Try ikut Highway Guthrie..

Biasanya kami jarang makan berat² bila ride jauh².. cukup hanya mengambil heavy meal waktu breakfast.. alhamdulillah perut jenis sekolah dan boleh tahan lapar nampak gayanya.. hihii.. sebelum sampai rumah kami stop di RnR Dengkil dan layan Mandy Rice.. waktu tu dah jam 4 petang.. so far boleh tahan jugak la nasik disini.. cuma tak sempat nak snap gambors sebab dua² nya dah lapo beno time nie.. hihihi..


Layan Mandy Rice disini.. 

16 Jan 2013

DEMAM


Sedang sibuk menyiapkan kerja² rutin di opis tiba² terlintas nak open entry pasal topik ni.. mungkin sebab dok teringatkan anak yang sedang demam dirumah tu.. walaupun dah besar tapi masih mahu diberi perhatian dan dibelai manja.. itulah anak.. kita yang tua ni pun kadangkala lagi teruk meragamnya waktu demam/ sakit.. inikan pulak budak² kan.. layankan ajelaa..


So entry kali ni aku nak share sikit tips untuk demam cepat sembuh.. tips di bawah dicedok dari blog sorang doctor yang kliniknya berdekatan dengan rumah aku.. seorang doctor yang peramah dan sangat mengambil berat.. mohon share info disini  ye doctor sebagai panduan kepada pengunjung² blog saya ini.. :-)

"Kajian bersama pelajar Universiti Sains Islam Malaysia bagi  perundingan pesakit di klinik pesakit luar menunjukkan 70 peratus pesakit mengadu dengan keluhan demam. 60 peratus merupakan demam akibat jangkitan saluran pernafasan atas- jangkitan di tekak (pharynx), jangkitan tonsil, belakang tekak( larynx) atau jangkitan saluran pernafasan bawah- tracheitis, bronchitis,bronchiolitis.
Setiap dari kita tentunya akan mengalami demam sepanjang hidup ini. Tidak mengira umur dan jantina. Bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa lelaki dan perempuan serta warga emas tentu akan mengalaminya. Ia lebih kerap terjadi kepada kumpulan rentan iaitu bayi, kanak-kanak dan warga emas. Juga pemulihan lebih lambat pada peringkat usia ini.
Demam merupakan reaksi badan yang normal. Ia merupakan tindakan yang menunjukkan sistem pertahanan badan menghadapi ancaman musuh. Sistem pertahanan tubuh diaktifkan bertujuan menentang jangkitan atau sebarang ancaman kesihatan.
Ramai yang beranggapan bahawa ubat panadol akan menyembuhkan penyakit. Ubat panadol atau nama saintifiknya paracetamol hanya menurunkan suhu badan sementara dan suhu badan akan meningkat semula sekiranya penyebab demam itu tidak ditangani. Paracetamol hanya mengurangkan gejala penyakit di awal selsema . Jika berlarutan selepas 2 hari , dapatkan pemeriksaan lanjutan untuk mengenalpasti serta menangani penyebab demam tersebut.
Tahukah anda bahawa jangkitan paru-paru masih merupakan penyebab jangkitan yang paling sering manjangkiti warga emas tetapi tanpa gejala demam atau batuk. Kebanyakan mereka hanya tidak lalu makan sahaja dan menyebabkan penyusutan tubuh secara mendadak. Keadaan ini menunjukkan mekanisma sistem tubuh telah menjadi lemah dan  mekanisma gagal memberi reaksi  yang sepatutnya.
Lapan puluh peratus penyebab demam secara tiba-tiba disebabkan oleh pendedahan tubuh kepada satu jenis virus-virus baru bilamana tiada antibodi yang khusus yang telah terhasil di dalam tubuh untuk membunuh virus tersebut . Sejak dulu, kini dan akan datang- virus masih merupakan 80 peratus  demam pada manusia. Virus mengalami perubahan mutasi dengan sedikit perubahan strukturnya.Akibatnya tubuh perlu menghasilkan antibodi baru untuk membunuhnya. Ramai di antara pesakit yang mengalami demam akibat virus akan bertanya, virus tu apa doktor?
Belum ada lagi buku di pasaran yang mengupas tajuk ini secara terperinci. Oleh itu saya mengambil inisiatif ini untuk membuka minda anda untuk membantu anda lebih memahami apa yang terjadi di dalam diri apabila anda demam dan bagaimana menangani demam dengan lebih berkesan. Sekiranya setiap orang bertanggungjawab untuk menambah sedikit pengetahuan ini walaupun kedengarannya biasa tetapi saya berharap usaha ini ia dapat membantu mnegurangkan kedatangan ke  unit kecemasan hospital. Sekiranya anda tahu mengendalian kes demam dan memahami kes-kes mana yang bahaya dan memerlukan rawatan segera di hospital.
 
:: Apakah fungsi ubat bagi demam akibat jangkitan virus?
  • Ubat-ubat yang diberikan bertujuan memberi kelegaan dari tanda-tanda jangkitan virus-virus ini seperti selsema, sakit sendi, sakit badan dan batuk.
  • Pemulihan tubuh dari jangkitan virus ini hanya apabila tubuh anda menghasilkan antibodi yang sesuai untuk membunuh virus-virus tersebut. 
  • Jangkamasa pemulihan dari semua jangkitan virus secara umumnya bergantung kepada berapa lama masa yang diperlukan oleh sistem pertahanan  anda menghasilkan antibodi khusus terhadap virus yang sedang menjangkiti anda.Antibodi perlu dihasilkan oleh tubuh sendiri. 

:: Sistem pertahanan tubuh anda adalah sistem pertahanan peribadi. 
Kekuatan sistem pertahanan tubuh masing-masing berbeza bergantung kepada makanan yang anda makan, ancaman kesihatan di persekitaran anda seperti pencemaran dari asap rokok sama ada anda adalah perokok atau perokok pasif. Faktor lain adalah pendedahan tubuh kepda bahan-bahan kimia seperti karbon monoksida dari asap kereta, racun serangga pada makanan, pengawet dan pewarna makanan. Juga bergantung kepada hormon-hormon stress yang terangsang di dalam tubuh anda yang mengurangkan keberkesanan sistem pertahanan tubuh anda. Pemikiran positif dan amalan kerohanian yang berterusan juga mempengaruhi ketahanan sistem pertahanan tubuh anda.

Kajian saintifik di barat menunjukkan di antara 70 peratus sehingga 90 peratus kedatangan di klinik ada kaitan dengan stress. Stress menyebabkan peningkatan hormon kortisol yang mempengaruhi keberkesanan sel-sel darah putih memantau penyebab penyakit dan melambatkan penghasilan tubuh membentuk antibodi.
Luangkan sedikit masa emas anda untuk menyelami mekanisma tubuh ini dan mengetahui apakah yang ada di dalam diri sendiri bagi membantu penyembuhan demam dengan lebih cepat dengan izin Allah." http://drshahriahismail.blogspot.com

15 Jan 2013

WELCOME 2013



SELAMAT TAHUN BARU 2013..!!!  


Khas buat diri sendiri dan pengunjung² blog I yang setia.. ada ke??? hihi.. Sebenarnya agak lama jugak aku tak menjenguk ke blog ni.. rasa rindu sudah jari jemari ni nak mencoretkan sesuatu.. macam² cerita kalau boleh nak share dekat sini.. tapi setiap kali nak menaip mesti ada saje mende lain yg perlu dibuat.. huhuuu.. ada satu entry tahun 2012 yang masih belum sempat di'update' disini.. InshaAllah akan usaha jugak untuk siapkan entry tu awal tahun ni..


Alhamdulillah dah masuk hari yang ke-enambelas dalam tahun 2013.. masa awal² tahun je agak bz dengan sekolah anak dan lain² urusan.. dah masuk seminggu tu semuanya kembali stable and back to normal.. cuma minggu ke-3 persekolahan ni je anak sulung aku Aiman tu demam.. dah lama jugak dia tak demam.. maybe penangan cuaca yang tidak menentu sekarang ni.. tambahan lagi 2 sekolah kena pergi.. pagi ke SRA, petang ke SK.. takpelah sayang, bukan senang nak hidup senang kan.. kena ada usaha dan pengorbanan..

Impian aku sempena tahun 2013 ni.. untuk berusaha meningkatkan taraf hidup.. dengan harapan mudah²an usaha itu akan membantu aku untuk mencari rezeki dari rumah sambil menguruskan anak3 dan suami tersayang.. moga dipermudahkan Allah.. InshaAllah..