28 Nov 2012

RIDE SERI MERSING PART 2





Sesudah menikmati sarapan pagi, aku dan hubby bersiap² untuk meneruskan perjalanan seterusnya .. hari ni kami target nak ride dari Mersing - Pekan - Kuantan - Cherating.. cadangan awalnya nak ride sampai ke Terengganu.. tapi masa agak suntuk sebab dah janji dengan kids nak pick up diorang di kg hari Sabtu nanti.. 

Kami memulakan perjalanan dari Mersing kira² jam 10 pagi.. keadaan cuaca waktu tu sangat baik.. sepanjang perjalanan menuju ke Pekan hanya dikelilingi hutan dan perkampungan² orang asli.. 


Bye² Mersing..
Us..


Kenderaan berat berhenti rehat sebentar

Our next destination Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan Pahang.. Jom..!!

Sedikit info berkenaan dengan muzium ini -->> 

"Muzium Daerah Pekan atau lebih dikenali sebagai Muzium Sultan Abu Bakar terletak di Jalan Sultan Ahmad. Muzium itu digunakan untuk menyimpan dan mempamerkan kebudayaan dan sejarah tempatan untuk tujuan kajian, pendidikan dan hiburan; untuk membantu kajian mengenai kebudayaan tempatan dan menjaga monumen lama dan tempat-tempat bersejarah dan mempromosi pelancongan". Untuk mendapatkan info selanjutnya ringan²kanlah jari jemari anda untuk mendapatkan info daripada Mr. Google atau boleh datang sendiri ke sini.. :-)


Agenda paling penting, posing dulu kat tempat kejadian

Cari port untuk parking dulu

Tiket masuk muzium

Anak jati Pahang dah sampai ke sini.. hihi

Acara posing di sekitar muzium

Pintu masuk ke Muzium Orang Asli.. sempat lg posing tu..

Antara isi yang ada di dalam muzium
 

Istana yang telah dijadikan muzium

Get ready untuk meneruskan perjalanan
Kami menghabiskan hampir 2 jam di muzium ni.. takdelah belek mende sangat pun, saja jalan² sambil menjejak sejarah.. Destinasi kami seterusnya ialah Pantai Teluk Chempedak.. Jom..!!

Gambar agak kabur.. maklumlah camera cap ayam je

Dah sampai TC
Actually ride ke TC ni takde dalam itinerary kami.. tapi disebabkan tak jumpa port makan yang berkenan di Pekan, maka Incik rider pun bagi idea lepak makan di TC sambil cuci² mata.. kiranya ni bukan pestime kami ke sini.. dah banyak kali sampai, cuma yang berbezanya kali ni pergi naik moto dan berdua je.. sebelum² ni berjalan bawak anak² sekali.. 

Ermm.. nak kata makan sedap sangat kat TC ni tak jugak.. layan McDonalds je pun, tak banyak choice.. ok la tu kan janji tak kelaparan..


McChicken for two

Dah kenyang kan.. melayan perasaan la pulak

Selepas melepaskan lelah di Teluk Chempedak, perjalanan diteruskan lagi ke destinasi seterusnya Cherating.. Jom..!!

On the way to Cherating
 
Suka sgt tengok langit dekat sini.. payah nak jumpa view camni kat KL
Alhamdulillah, kami selamat sampai ke destinasi terakhir untuk hari ini.. Siap² check in hotel, dan aktiviti seterusnya ialah merehatkan badan.. nak ronda² ke pantai pun dah biasa sangat ke Cherating ni.. 

Dari review kami, kira not bad jugak la hotel ni.. untuk deluxe room pun ada 2 queen beds.. sangat sesuwai bagi yang travel bersama anak².. kira selesa la.. cuma waktu kami pergi ni rate agak tinggi.. almaklum waktu ni cuti umum kan..


Pose depan hotel


View dari hotel balcony
 
Gambar bilik.. sila abaikan segala macam yang berselerakan tu ye


Lewat petang tu kami jalan kaki menyusuri cherating public beach.. menikmati angin pantai.. dan tujuan paling utama sebenarnya nak carik port untuk dinner.. Jauh jugak berjalan kaki.. tetapi rasa berbaloi sangat sebab akhirnya jumpa kedai makan yang sedap.. banyak betul lauk kami order.. kalo ikut tekak semua mende nak di rasa.. hihi..

Ikan pari bakar yang kaw..!!


Sotong goreng tepung

Udang goreng tepung
 
Kerang bakar

Sup campur
Selesai sudah aktiviti merempit dan jalan² carik makan kami untuk hari ini.. masa untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan pulang ke KL esok hari.. Itinerary ride pulang esok-->> Cherating -  Karak - Kuala Pilah - Senawang - BSP

Story mori seterusnya bersambung di RSM Part 3.. -->> tungguuuu..!!

No comments:

Post a Comment