22 Nov 2012

RENEW PASSPORT DAN PERMIT BIBIK TERCHENTA

                     



Diam tak diam dah hampir setahun rupanya maid a.k.a bibik Ina duduk dgn kami.. so far setakat ni dia keje pun okay.. ada jugak la satu dua perangai/perkara yang tak berkenan di mata.. tapi lebih kurang dan tolak ansur jelah.. mereka pun manusia biasa spt kita, mane ada yang perfect.. mane yang boleh ditegur tu tegurlah.. tak perlu nak tengking herdik pada maid, cakap je macam biasa, InshaAllah dia boleh paham.. dia pun manusia biasa yang punya hati dan perasaan.. sure ada rasa kecil ati @ berjauh hati @ makan hati @ dendam hati @ berhati² kalau kena maki dek majikan kan.. pada aku kalau kita permudahkan segala urusan orang lain InshaAllah segala urusan kita juga Allah akan permudahkan.. 

So sebenarnya entry kali ni aku nak share cite/gambo/pengalaman masa bawak maid gi renew passport dan permit ujung bulan Oktober aritu.. sehari sebelum pegi tu dah puas intebiu Pakcik Google mintak info untuk ke Kedutaan Indonesia.. memandangkan ramai yg inform suh datang awal² pagi kalau nak berurusan disana, seawal jam 6.30pg aku, hubby n maid dah gerak dari awal.. tapi tau² jela bila masuk KL tu, 6.30pg tu bukan dikira awal.. masih ramai yang lebih awal dari tu.. so sampai di kedutaan tu lebih kurang jam 8.00 pagi..

Nak share beberapa tips yang mungkin boleh digunapakai sebelum dan semasa ke/di sana :

  • Amik cuti, jangan nak beranganlah urusan boleh settle 1-2 jam.. pukul 9pg kaunter baru dibuka. 
  • Make sure passport maid masih valid a.k.a belum expired, kalau dah expired lain pulak kaedahnya. Pastikan renew passport maid 1 @ 2 bulan sebelum expired, bagi mengelakkan kena bayar RM100 untuk extend maid working permit. 
  • Beli insurance untuk maid di pejabat pos berdekatan. Seelok²nya belilah sehari sebelum ke kedutaan. Minimum plan would cost you RM60. Bawak passport maid dan maklumat waris maid (anak/suami) berserta nama penuh dan alamat waris.
  • Bawa 2 copies Insurance document. 
  • Bawa 2 copies IC Majikan. 
  • No need to bring gambar passport, amik dekat sana je FOC. Awal² dah kasik tau kat maid, kalo nk gambo passport nye cantik harus pakai tudung yang cantik. hihi.. 
  • Sampai je disitu, maid akan Q untuk dapatkan Passport Renewal Form dan Agreement Form (borang putih 3 copy).
  • Isi semua form tu dan maid akan Q semula untuk sesi amik gambo.
 
View dari tempat beratur untuk ambil borang renew passport..
Maid beratur nak amik gambo
  • The new agreement stated that majikan should pay the maid with minimum salary RM700. Giloss kan.. Tapi tu semua boleh kautim dengan maid. Sebab dia pun terdesak nak kerja di Malaysia dan aku pun takde paksaan untuk dia sambung kontrak kerja. Sebelum pegi tu aku dah deal baik punya dengan maid, then dia bersetuju untuk dibayar gaji dengan jumlah sekian sekian, then baru boleh proceed untuk renew passport n permit.. kalau dia x setuju awal² aku anto balik kg dia.. 
  • Pastikan maid ingat no dia dan peka bila no dipanggil.. kena waktu tu dia tengah berangan, jenuh menunggu no tak dipanggil².. selepas no dipanggil, perlu buat bayaran untuk renew passport.. kosnya cuma RM18 untuk tempoh 5 tahun.. murah gile kan.. huhuuuu 
  • Selepas semua dokumen disahkan dan pembayaran dibuat, sekali lagi maid akan dipanggil.. kali ini bersama majikan.. masatu pegawai bertugas akan maklumkan yang majikan perlu bersetuju dengan jumlah gaji yang telah ditetapkan oleh pihak kedutaan mereka.. hmmm syok sendiri diorg ni, padahal Kerajaan Malaysia belum beri ape² persetujuan pun berkenaan gaji minimum yang Kerajaan Indonesia mintak.. aku pun nk bagi settle cepat angguk jela..
Bukan main epy bibik jumpa kengkawannya ye..

Walau ramai orang hari ni, tapi nampak kaunter bergerak laju

Penemanku waktu menunggu

Hubby pulak dok baca buku ni

  • Lepas settle kat kaunter hadapan, kami terus diarahkan untuk ke kaunter belakang.. mula² eran jugak aku gudang apa pulak kat belakang ni, rupanya tempat amik passport yang dah siap.. hihi..
 
Menunggu untuk mengambil passport
  • Alhamdulillah passport maid hari tu smpat siap sebelum kol 12tghari.. lega sket boleh terus buat fomema dll lepas ni..

Taraaa.. passport pun siap

So abislah cite pasal passport.. untuk renew permit pulak lagi senang.. 

  • Beli Wang Pos bernilai RM190 di Pejabat Pos (untuk bayaran FOMEMA). 
  • Pegi opis Fomema yang berdekatan untuk register pemeriksaan maid secara online dan pilih klinik panel yang kita nak bawak maid check up nanti.  
  • Bawak maid check up di klinik yang dah dipilih then tunggu result kuar secara online (biasa amik masa dlm 3-4 ari or seminggu) 
  • Result dah dpt terus ke Jabatan Imigresen untuk renew permit.. bayar RM495 untuk permit renewal then tunggu dalam 10 minit, permit sticker pun siap.. SETTLE !!! :-)

No comments:

Post a Comment