29 Nov 2012

RIDE SERI MERSING PART 3





Alhamdulillah sehingga ke hari ni semuanya baik² belaka.. perjalanan dari hari pertama dan kedua  pun lancar.. setiap kali sebelum memulakan perjalanan tak pernah aku lupa untuk menitipkan doa pada Allah moga perjalanan kami diberkati dan dipermudahkan.. kalau memikirkan risiko bermotorsikal ni tinggi memang alamatnya sampai bila² pun tak merasa nak berjalan naik motor.. aku sentiasa berpegang pada prinsip ajal maut itu ketentuan Allah.. yang penting sentiasa berwaspada, check keadaan kenderaan, berdoa dan bertawakal pada Allah.. In Sha Allah..

Perjalanan hari ini : Cherating - Karak - Kuala Pilah - Senawang - Bandar Seri Putra
 
View dari bilik hotel ke cafe

Isi tangki perut dulu

View sepanjang jalan dari Cherating melalui LPT.. Keadaan langit yang begitu cantik.. Masya Allah

Lagi..

Dan lagi..

Langit cerah dan keadaan agak panas waktu ini
Sepanjang perjalanan dari Cherating melalui highway agak membosankan.. nasib baik ditemani kepulan² awan yang cantik.. dapat juga snap pics.. aku yg jadi pillion ni tatau dah bape banyak kali menguap.. gula² tak payah cakap la memang dah menjadi teman aku sejak bergiat dalam dunia pillion ni.. dalam hati terpikir cepatlah gigi aku tanggal kalo selalu macam ni kan.. hihi.. 

Melintasi Sg. Pahang
Akhirnya hubby stop di RnR Temerloh.. berhenti untuk Solat Zuhur.. sejam kemudian perjalanan diteruskan lagi.. tapi kali ni aku dan hubby decide nak keluar di Exit Lanchang seterusnya ke Karak melalui jalan lama untuk ke KL.. 


Chemomoi - pestime aku sampai sini

Melalui jalan kampung memerlukan stamina dan kesabaran yang tinggi.. cabarannya bukan sedikit.. dengan keadaan jalan yang kadang berlubang, tidak rata, kenderaan dihadapan yang slow dan bermacam² lagi.. boleh membuatkan hati rider jadi panas.. pillion kena pandai main peranan.. hulur gula² dekat rider ke, tolong urut² bahu ke.. bagi rider cool sikit.. hihi..

Tengokla tu.. ada 2 lori yang sarat dengan muatan kayu kayan dihadapan.. jalan macam Siput ****

Sempat lagi aku snap pic masa hubby over take lori siput tu.. satu lagi dihadapan

Spg Durian
Setelah hampir 2 jam perjalanan, kami stop sekejap di persimpangan menuju ke Kuala Pilah.. tak tau pulak aku apa nama simpang ni..

Dalam banyak² nama tempat kat signboard tu.. Hutan Lipur Lata Kijang je yang aku penah dengor.. huhu


Kuala Pilah masih jauh dihadapan
Dari Kuala Pilah kami menuju ke Senawang dan seterusnya melalui PLUS highway untuk sampai ke BSP.. berhenti minum di RnR Seremban..

RnR Seremban


Berakhirlah sudah percutian ride santai kami kali ini.. perjalanan dari BSP - Kuala Rompin - Mersing - Pekan - Cherating memey agak memenatkan tetapi rasa enjoy sangat.. :-) 

28 Nov 2012

RIDE SERI MERSING PART 2





Sesudah menikmati sarapan pagi, aku dan hubby bersiap² untuk meneruskan perjalanan seterusnya .. hari ni kami target nak ride dari Mersing - Pekan - Kuantan - Cherating.. cadangan awalnya nak ride sampai ke Terengganu.. tapi masa agak suntuk sebab dah janji dengan kids nak pick up diorang di kg hari Sabtu nanti.. 

Kami memulakan perjalanan dari Mersing kira² jam 10 pagi.. keadaan cuaca waktu tu sangat baik.. sepanjang perjalanan menuju ke Pekan hanya dikelilingi hutan dan perkampungan² orang asli.. 


Bye² Mersing..
Us..


Kenderaan berat berhenti rehat sebentar

Our next destination Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan Pahang.. Jom..!!

Sedikit info berkenaan dengan muzium ini -->> 

"Muzium Daerah Pekan atau lebih dikenali sebagai Muzium Sultan Abu Bakar terletak di Jalan Sultan Ahmad. Muzium itu digunakan untuk menyimpan dan mempamerkan kebudayaan dan sejarah tempatan untuk tujuan kajian, pendidikan dan hiburan; untuk membantu kajian mengenai kebudayaan tempatan dan menjaga monumen lama dan tempat-tempat bersejarah dan mempromosi pelancongan". Untuk mendapatkan info selanjutnya ringan²kanlah jari jemari anda untuk mendapatkan info daripada Mr. Google atau boleh datang sendiri ke sini.. :-)


Agenda paling penting, posing dulu kat tempat kejadian

Cari port untuk parking dulu

Tiket masuk muzium

Anak jati Pahang dah sampai ke sini.. hihi

Acara posing di sekitar muzium

Pintu masuk ke Muzium Orang Asli.. sempat lg posing tu..

Antara isi yang ada di dalam muzium
 

Istana yang telah dijadikan muzium

Get ready untuk meneruskan perjalanan
Kami menghabiskan hampir 2 jam di muzium ni.. takdelah belek mende sangat pun, saja jalan² sambil menjejak sejarah.. Destinasi kami seterusnya ialah Pantai Teluk Chempedak.. Jom..!!

Gambar agak kabur.. maklumlah camera cap ayam je

Dah sampai TC
Actually ride ke TC ni takde dalam itinerary kami.. tapi disebabkan tak jumpa port makan yang berkenan di Pekan, maka Incik rider pun bagi idea lepak makan di TC sambil cuci² mata.. kiranya ni bukan pestime kami ke sini.. dah banyak kali sampai, cuma yang berbezanya kali ni pergi naik moto dan berdua je.. sebelum² ni berjalan bawak anak² sekali.. 

Ermm.. nak kata makan sedap sangat kat TC ni tak jugak.. layan McDonalds je pun, tak banyak choice.. ok la tu kan janji tak kelaparan..


McChicken for two

Dah kenyang kan.. melayan perasaan la pulak

Selepas melepaskan lelah di Teluk Chempedak, perjalanan diteruskan lagi ke destinasi seterusnya Cherating.. Jom..!!

On the way to Cherating
 
Suka sgt tengok langit dekat sini.. payah nak jumpa view camni kat KL
Alhamdulillah, kami selamat sampai ke destinasi terakhir untuk hari ini.. Siap² check in hotel, dan aktiviti seterusnya ialah merehatkan badan.. nak ronda² ke pantai pun dah biasa sangat ke Cherating ni.. 

Dari review kami, kira not bad jugak la hotel ni.. untuk deluxe room pun ada 2 queen beds.. sangat sesuwai bagi yang travel bersama anak².. kira selesa la.. cuma waktu kami pergi ni rate agak tinggi.. almaklum waktu ni cuti umum kan..


Pose depan hotel


View dari hotel balcony
 
Gambar bilik.. sila abaikan segala macam yang berselerakan tu ye


Lewat petang tu kami jalan kaki menyusuri cherating public beach.. menikmati angin pantai.. dan tujuan paling utama sebenarnya nak carik port untuk dinner.. Jauh jugak berjalan kaki.. tetapi rasa berbaloi sangat sebab akhirnya jumpa kedai makan yang sedap.. banyak betul lauk kami order.. kalo ikut tekak semua mende nak di rasa.. hihi..

Ikan pari bakar yang kaw..!!


Sotong goreng tepung

Udang goreng tepung
 
Kerang bakar

Sup campur
Selesai sudah aktiviti merempit dan jalan² carik makan kami untuk hari ini.. masa untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan pulang ke KL esok hari.. Itinerary ride pulang esok-->> Cherating -  Karak - Kuala Pilah - Senawang - BSP

Story mori seterusnya bersambung di RSM Part 3.. -->> tungguuuu..!!

27 Nov 2012

RIDE SERI MERSING PART 1



Cuti sekolah dah pun bermula.. anak² mula mengira hari nak hantar mereka bercuti dikampung.. kebetulan pulak minggu tu ada 2 hari public holiday, cuti sempena menyambut Awal Muharram dan Deepavali.. so anak² pun dh bagi green lite nak berehat² di kampung.. maka mama dan papanya pun panjanglah langkahnya.. hehe..

"Sri Mersing lagulah melayu
Dikaranglah oleh biduan dahulu
Sri Mersing lagulah melayu
Dikaranglah oleh biduan dahulu
Hatiku runsing bertambahlah pilu
Mengenangkan nasib
Mengenangkan nasib
Yatimlah piatu
Hatiku rungsing bertambahlah pilu
Mengenangkan nasib
Mengenangkan nasib
Yatimlah piatu

Pantai Mersing kualalah Johor

Pantainya bersih sangatlah mashyur
Pantai Mersing kualalah Johor
Pantainya bersih sangatlah masyur
Pohonkan doa kitalah bersyukur
Negaralah kita negaralah kita
Hai aman dan makmur
Pohonkan doa kitalah bersyukur
Negaralah kita negaralah kita
Hai aman dan makmur"

Sedap pulak sekali sekala layan lagu tu kan.. tapi entry kali ni bukan nk stori pasal lagu tu sangat tapi nak stori tempat² yang sempat kami pegi masa ride ke Mersing aritu..   

Kami bertolak dari BSP jam 10pagi (14 Nov 2012).. Target hari ni nak cover perjalanan 'back country tour' from Senawang - Kuala Pilah - Bahau - Muadzam Shah - Kuala Rompin - Mersing.. Alhamdulillah sepanjang perjalanan kami dipermudahkan Allah.. jumpa hujan lebat sekali je itu pun masa di Kuala Rompin.. hajat hati nak singgah untuk makan udang galah, tapi terpaksa dibatalkan takut kalau² tak sempat nak check in hotel di Mersing.. InshaAllah disatu masa lagi kami pasti datang..


Kawasan liputan sepanjang Ride Seri Mersing 14-16 Nov 2012


Jom layan gambo dulu -->>


Cuaca agak baik pagi itu


Ride santai 90-110km/sejam..

Jauh lagi tu..

Stop pakai baju hujan.. hujan tgh lebat tu


 Ujan dah reda, stop sekejap simpan baju ujan


Lalu je di Kuala Rompin, x singgah pun

On the way nak ke Mersing, singgah kejap di Pantai Papan
Photographer x bertauliah a.k.a pillion nak interprem jugak
 
Pantai Air Papan, Mersing
Setelah menempuh 5 jam perjalanan (byk kali jugak stop utk rilex n pakai baju hujan), akhirnya kami sampai di destinasi pertama Mersing.. Aku pun dah tak ingat bila last aku sampai ke Mersing.. Rasanya dah hampir 20thn jugak aku tak ke sini..

Endau, Mersing

Mersing town

Havanita Hotel, Mersing
Tepat jam 4 ptg kami sampai di Hotel Havanita, Mersing.. hotel ni pun last minute call n book.. nasib baik masih ada bilik dan ratenya pun berpatutan.. memey not bad la hotel ni.. bersih, interior design pun cantik dan yang paling penting punya tempat yang selamat untuk parking bigbike disitu.. selepas menghilangkan segala penat dan lenguh² badan, kami pun bersiap² carik port best untuk makan.. berkeroncong sudah perut ni, nasib baik sempat brunch sebelum mulakan perjalanan tadi..

Kami menjamu selera di Medan Selera Ikan Bakar Mersing.. ada banyak gerai ikan bakar kat situ.. godeh² Mr Garmin dok mintak info tempat makan best pun x jumpa.. so gamble jela dan inilah hasilnya.. -->>>
Ikan Siakap bakar.. nyum²


Sotong goreng tepung



Sup campur


Lychee Kang penyejuk badan

Nasi goreng cina
Lepas makan kami terus balik ke hotel.. tak meronda mana² pun.. nak rehat lebih sikit sebelum memulakan perjalanan esok.. 

Plan perjalanan esok hari : Mersing - Pekan - Kuantan - Cherating

Stori-mori akan bersambung dalam entry RSM Part 2 --->>>>>  tungguuuu..!!!