27 Jul 2013

RIDE MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN TAYARGOLEK.COM @ BAGAN LALANG


Alhamdulillah dapat juga aku dan hubby join ride majlis berbuka puasa bersama pengunjung² blog Bro Han (TayarGolek.Com) buat kali yang kedua.. tahun lepas kami join jugak.. yang bestnya hubungan siratulrahim dengan kenalan yang dikenali masa majlis berbuka tahun lepas masih lagi diteruskan.. diorang memang banyak plan nak pegi ride.. kalau ikut hati memang nak follow je.. tapi terpaksa mengambil kira kepentingan anak².. kang mak bapak pi meronda sana sini anak² terabai pulak..

Tayar golek dari rumah lebih kurang jam 5.20 petang.. hubby dah janji dengan Incik Lebai a.k.a Mohd Asri tunggu di Hentian Nilai memandangkan dia n wife (Kak Ummi) datang dari arah BBBangi.. waktu tu traffic agak sesak dari arah Nilai menuju menuju ke Selatan.. ntah pasal ape jam nye pun tak tau laa.. sekarang ni Plus Highway susah nak predict bila jalan clear especially weekend.. 

Perjalanan diteruskan menuju ke tempat RV di Masjid Sultan Abdul Samad atau dikenali dengan nama Masjid KLIA.. Waktu tu Bro Han and geng² yang lain sudah menunggu.. Jom kita layan gamborssss dulu -->>

Masjid KLIA

Bersiap² untuk TayarGolek menuju ke Bagan Lalang


On da way to Bagan Lalang.. waktu ni jalan agak sesak.. kalau naik keta memey berbuka dalam keta la jawabnya..


Inilah keje sambilan aku everytime berhenti di traffic lite..

Yehuuu dah nak sampai..


Alhamdulillah selamat sampai.. motor park betul² dihadapan kedai makan bg mengelakkan kesukaran kenderaan lain nak keluar..

Miss Yana dan ER6N nye, antara penunggang wanita yang turut serta..

Yang ini plak, Miss XYZ yang belum ado moto sendiri tumpang moto hubby jela.. huhuu


Kengkawan yang duduk semeja.. genap setahun berkenalan.. hihi..
                     
Masing² sedang sabar melayan keroncong di pewot..

Lauk pauk yang dihidangkan.. nyum²


Air merahhhhh penyejuk tokak..!!

Sotong goweng topong yang yummeyyy..!!


Pepahat, bukan Batu Pahat ye.. ;-)


Udang masak cili padi


Keyyytam masak merah


Siakap So.. Suweeeet Sour


Kailan Goweng Ikang Mashin..

Selesaaaaaiiii.. Alhamdulillah

Selesai makan dan Solat Maghrib, masing² buat hal sendiri.. ada yang bersembang sambil berdiri.. ada yang sambung mengeteh.. tak kurang jugak cikkak² yang melayan gossip² terkini... hihi.. malam tu sempat jugak aku menge'test' moto KTM Duke 200 milik kak Jue.. baek punye dia racun aku suh angkut satu.. alasannya dia xde geng pompuan nak ajak ride.. hihihi.. I ni lesen dari JPJ dah ado, yang xdo laie lesen dari cik abe.. hukhukhuk..

Tak habis lagi sembang di sini, masing² ajak lepak minum di BBNilai.. Lebih kurang jam 9.30 malam, tayar mula bergolek menuju ke sana.. disebabkan hubby agak letih dan kami nak spend masa dengan kids pulak, so kami tak join sekali.. sampai BBNilai kami pun terus menuju ke BandarSeriPutra.. 

Apa pun program ni memey best.. selain dari dapat makan yang best² dapat juga kenal kengkawan baru.. :-)

20 Jul 2013

BOLEH KE KITA TENTUKAN JANTINA ANAK?

Boleh ke kita tentukan jantina anak? Jawapannya BOLEH dengan ilmu, usaha dan izin Allah S.W.T.. kita memang digalakkan untuk berusaha sedaya upaya dan selebihnya kita serahkan padaNya untuk menentukan yang terbaik untuk kita..


Entry kali ni just nak share pengalaman sendiri dan juga khas buat kawan² yang dok tanye tips tentukan jantina anak.. actually aku dulu pun dapat tips daripada sorang mem ni (nama terpaksa dirahsiakan atas dasar menghormati privasi beliau) :-)

Al kisahnya, selepas diijabkabulkan, memang aku dan hubby merancang untuk berbulan madu dulu at least setahun tanpa cahayamata.. memandangkan waktu tu masih agak muda, parents kami pun jauh.. jadi rasanya macam terlalu awal untuk ada cahayamata.. Setahun hidup berdekatan, ditakdirkan aku telah di tukarkan ke Johor.. maka bermulalah kehidupan PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh) kami.. waktu tu baru aku terasa betapa sunyinya hidup tanpa suami disisi.. apatah lagi anak pun takde.. maka projek secara besar²an pun dilaksanakan.. dan hasilnya 3 bulan kemudian aku disahkan positive hamil.. :-p

Waktu ini memang kami tak merancang untuk dapatkan jantina lelaki atau perempuan.. sebab anak sulung kan.. apa pun yang Allah beri kami terima dengan hati yang terbuka... 9 bulan 10 hari mengusung perut ke hulu ke hilir hidup berjauhan dari suami.. maka 11 Mac 2005 lahirlah putera sulungku yang berambut lebat yang diberi nama Shahrul AIman..

Alhamdulillah 1 tahun 5 bulan berlalu dan anak sulung kami pun semakin membesar dengan sihat.. cuma kesian tengok dok main sorang².. papa pulak selalu kena outstation.. satu masa tu hubby kena travel 3 minggu ke France.. dan dijadikan cerita waktu ni la timbulnya plan untuk dapatkan 2nd baby.. almaklum la mood rindu²an pun dah muncul kan.. hiihihih..

Masa ni la aku  mula nak mengaplikasikan tips yang dikongsi oleh sorang mem ni.. dan tak lupa juga aku selalu baca article² yang berkaitan daripada internet.. salah satu puncanya boleh refer kat sini -->> How To Conceive A Girl Or Boy,


Ada banyak info kita boleh dapat daripada internet, cuma nak dengan tak nak je.. tanye saje Pakcik Google pasti dia jawab. Selepas kita dah study secara teori, dah buat praktikal mengikut masa yang bersesuaian, yang selebihnya kita perlu banyakkan berdoa dan bertawakal.. dengan segala usaha yang telah dibuat, alhamdulillah selepas 4 bulan menunggu, aku positive hamil anak kedua.. berdoa dan terus berdoa akhirnya lahirlah seorang puteri yang berambut jarang diberi nama Suffiyah Najihah yang lahir sama bulan dengan abangnya.. (memang plan untuk dapat sama bulan dengan abangnya)

2 tahun terus berlalu.. Syukur alhamdulillah Aiman dan Fea membesar dengan sihat dan cergas.. maka mama dan papanya pun mulalah berdiskusi untuk menambahkan ahli keluarga.. hihiii.. plan untuk dapatkan baby ketiga ni jarak yang sama antara Aiman dan Fea, so aku mula buat Gantt Chart.. hihiih.. cuma rasanya yang ketiga nanti tak dpt same birthday month dengan abang dan kakaknya sebab mula buat Gantt Chart dah lewat.. tapi tu tak jadi hal pada kami as long as jarak 3 tahun bagi setiap anak.. pada aku dan hubby itu satu jarak yang cukup bagi anak² mendapat perhatian dan kasih sayang sepenuhnya dari aku dan hubby sebelum kami menyambut ahli keluarga baru.. atas segala usaha dan doa kami, lahirlah bayi ketiga kami seorang putera yang diberi nama Syahir Adam..


Kesimpulannya mengikut pengalaman sendiri, aku dan suami dah cuba untuk merancang jarak kelahiran setiap anak dan merancang jantina mereka.. dan Alhamdulillah ianya diperkenankan Allah.. so pada kawan² diluar sana jangan putus asa.. berusaha dan terus berusaha.. Insha Allah, Dia tidak akan mengecewakan hambaNya.. :-)