20 Sept 2018

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG




Happy Birthday to My Dear Husband Syahmie. I want to thank you on this special day for encouraging me and always supporting me. I will love you always and forever. Moga Allah sentiasa memberkati dan menyayangimu sepertimana kau menyayangi aku dan anak².

Terima kasih kerana masih bertahan dan masih setia bersama di sepanjang 20 tahun perkenalan kita. 





Rindu nak jadi camerawoman atas motor.

On our 2nd honeymoon 2012



15 Sept 2018

HAPPY 2nd BIRTHDAY ARIF!!

Happy 2nd Birthday my little sunshine Syahin Arif!! 




Begitu pantas masa berlalu. Pejam celik Arif dah masuk 2 tahun. Bermakna dah masuk 2 tahun juga kami berhijrah ke Penang, dan genap 2 tahun juga mama ambil Cuti Menjaga Anak. 

InshaAllah masih berbaki lebih kurang setahun cuti mama. Lepas dah abis cuti tu tengok lah macamane nanti. Sama ada sambung cuti atau bekerja semula. Semuanya bergantung pada 'progress' anakku Adam.


Banyak pengalaman suka dan duka hidup di sini. Terlalu banyak untuk dicoretkan. Apa pun hidup perlu diteruskan. Terapi untuk Adam tetap diteruskan dan kami tak akan putus semangat.


😘😘😘


Anak manja papa.

12 Sept 2018

ADAM, AUTISTIK DAN AIR

Adam dan air memang tak dapat dipisah. 
Dari pemerhatian sendiri, kebanyakkan anak² autistik sangat sukakan air. 

Disebabkan kelas swimming Adam 2 minggu sekali, so petang ni Adam training dengan coach mama la nampaknya.

Kalau tak dengaq arahan, senang mama tarik telinga. hihi





8 Sept 2018

HARI TERBUKA TUDM BUTTERWORTH 2018

Plan asal nak gerak ke Hari Terbuka TUDM pada sebelah petang. Sebab pagi tu husband kena bawa anak² yang besar ke program Young Archaelogist di Fort Cornwallis. So aku duduk dirumah dulu bersiap apa yang patut dengan dua orang budak kecik yang dah tak berapa kecik tu. 😅😅

Lebih kurang pukul 10 pagi husband call bagitau program di FC tu cancel. Last minutes diorang cancel program tu disebabkan hujan. So husband suruh cepat² siap boleh pergi ke open day tu cepat sikit.

Jangkaan sendiri tempat tu tak kan ramai orang. Rupanya salah jangkaan. Di highway nak exit ke Sg Dua lagi dah jem panjang. Rupa²nya memang jem teruk aritu. Ramai yang berminat nak tgk air show dan macam² lagi yang di pamerkan pada hari tersebut. Bayangkan nak lepas 1km pun ambik masa sampai 1 jam setengah. Masing² jangan ckp la. Mood dah kelaut.

Kalau takde kesabaran yang tinggi aritu, rasanya memang patah balik la.. tak kuasa rasanya nak menunggu.

Alhamdulillah, dari jam 11.00 pg sampai Sg Dua, pukul 3 petang baru kami dapat parking dan masuk ke kem untuk tengok air show dan macam² lagi.

Walau penat, tapi rasa berbaloi sebab jarang sangat diorang buat open day macam ni




Kak Fea tak larat mengendong si jebon yang beratnya separuh dari berat kakak

FA18D Hornet - Malaysia fighter jet 

Muka penat masing² tu. Tapi semangat, terutamanya papa tu la. 😅









FA18D Hornet - Malaysia fighter jet 



A400M - military transport planes, antara aset yg di pamerkan (gambar ihsan google)

6 Sept 2018

'ME' TIME SUAMI ISTERI

Nak update entry tapi ceritanya malas nak menaip.. so end up copy paste aje caption dari IG atau FB.. jimat masa dan tenaga mak beranak 4 ni.. 🤭🤭

.
Caption IG : ⬇️⬇️
.
Malam ni encik suami belanja fish beriyani upah utk isteri yg sungguh² buat kerja dirumah dan luar rumah katanya.
.
Dia mmg jarang teman waktu bawa Adam terapi atau urusan anak², melainkan waktu appointment yg betul² penting dan perlukan keputusan bersama. Bukan sengaja, tp kerana kekangan tugas.
.
Tak pernah rasa kecil ati, sbb dah mmg focus ambil cuti utk menguruskan anak² dan suami secara sepenuh masa.. tp sbg suami dia tetap appreciate bila tgk isteri seharian dah bz dgn mcm² benda.. mlm atau waktu lapang sikit mmg dia akan peruntukkan utk 'me' time waktu kopi² dan sesi berkongsi cerita suami isteri.
.
Alhamdulillah syukur atas nikmat yg satu ini..

😍😍😍
#loveofmylife
.
.
Nak bagi review sikit pasal restoran Kapitan ni. So far Beriyani dan Nan kat sini memang best. Paling aku suka Beriyani Ikannya. Harga beriyani ikan tu rasa berbaloi jugak since harga ikan memang mahal, tak macam ayam. Boleh la sekali sekala pi makan luar, kalau hari² mau kopak husband I. Hahaha..

Untuk makan disini parking berbayar. Dan agak susah sikit nak dapat parking. Tapi biasala orang Penang ni kadang depa main belasah je parking ikut suka, atas jalan pun boleh parking janji depan kedai. 💆


Fish Beryani for me & Chicken Tandoori Beryani for hubby


Restoran Kapitan Cawangan Setia Triangle, Bayan Lepas. Gambar ihsan Google



5 Sept 2018

TERAPI RENANG UNTUK ANAK AUTISTIK

Setelah lama cuti memblog, tiba² keinginan untuk up entry datang balik.. sebenarnya ada banyak benda nak share, tapi kekangan masa menguruskan anak² dan rumahtangga.. tiada istilah duduk dirumah bagi seorang suri rumah sepenuh masa.. yang lebih tepat adalah kerja dirumah.. :-)

So far setakat ini dah hampir 2 tahun lebih aku menghabiskan Cuti Menjaga Anak.. menguruskan anak² secara sepenuh masa.. Alhamdulillah hamper 2 tahun juga Arif disusukan secara ekslusif.. 


Perkembangan Adam pula setakat ini Alhamdulillah bertambah baik.. sekarang ini Adam sedang menjalani terapi renang sebulan 4 kali (sesi). Tujuan utama terapi ini adalah untuk meningkatkan lagi focus Adam yang tak konsisten dah selalu kelaut tu.. dari kata coach InshaAllah terapi ini juga boleh membantu mengatasi masalah behaviour dan sensori yang Adam alami.


Apa saja cara, aku dan keluarga tidak akan putus asa untuk membantu Adam.. moga segalanya Allah dipermudahkan..



Caption dari FB : 3 September 2018 


.
Syabas Adam dah ada peningkatan.

.
Kelas 3 minggu lepas coach kata sendi kaki dia keras, dan still dalam dunia dia. Bila coach suruh sentuh wall, dia terus lari ke wall, takmo pandang coach yg garang dah.. hahhaha.. 
.
Tapi hari ni alhamdulillah.. walau terpaksa rela dia pusing blk sambut tgn coach.. it's mean dia dah ada trust dan create bonding dgn coach. 
.
Sebelum masuk kelas berenang mmg Adam dah tau basic swimming dgn cara dia sendiri. So, utk kelas ni mama mmg tak focus utk Adam pandai berenang semata².. tp lebih kepada nak improve fokus Adam yg lemah dan tak consistent.. Susah nak fokus pd task di sekolah..
.
Usaha tanpa henti dan mudah²an dipermudahkan Allah..
😍😍😍
.
.
#loveofmylife

#myautismsonjourney @ Seberang Jaya Public Swimming Pool (MPSP)