17 Jun 2012

LANGKAWI 2012

Dah lama plan nak pegi hanimun tapi asyik tertangguh je dek kerana hal² yang tak dapat dielakkan.. tapi kali ni kami gagah jugak mengatur strategi untuk ber'hanimun' tanpa anak3.. hehe.. walaupun bercuti 4h3m tapi tetap rasa x cukup je.. penuh betul aktiviti.. apa pun yang penting aku and hubby sangat² happy dengan percutian nie.. buley la repeat lagi nanti ye larling.. tp aling sponsor lagi la ye.. ;-)


1st Day
Bertolak dari rumah ke LCCT pukul 10pg.. airmata ni meleleh juga sebab terpaksa tinggalkan anak3.. rasa tak sampai hati, tapi kalau tak berkorban sikit tak merasa la pulak nak luangkan masa berdua.. Sampai di LCCT park kereta then tunggu flight pukul 12tgh. Tak perlu nak check in kat kaunter dah almaklumla sekarang AA dah buat sistem web check in kan.. Sampai Langkawi jam 1tgh.. dapatkan kereta sewa then terus ke tempat penginapan kami.. 

Destinasi pertama kami ialah tempat makan.. sebab perut dah mula bagi hint nak mencekik.. lagipun kami nak try makan kat tempat satu tempat ni.. ramai blogger yang rekemen tempat makan ni.. Restoran Wan Thai.. sure ramai yang pernah ke Langkawi tu pernah dengar nama tempat makan ni kan.. memey sedap dengan harga yang reasonable.. so apa tunggu lagi.. masa untuk NGAPPP >>>>

Sabar menunggu makanan sampai sambil² update status FB.. hehe..

Tomyam campur, kerabu mangga, ayam pandan dan telur dadar.. fuuuhhh itu pun dah cukup menyelerakan.. tgk gmbo ni pun dah terliur dibuatnya.. huhuuu..
Alhamdulillah, perut pun dah kenyang.. sempat la kami melepaskan lelah sekejap di bilik hotel sebelum bersiap² untuk ke cable car Gunung Mat Chincang. Tak ingat dah kali yang ke berapa naik cable car nie.. cuma yang pastinya aku memey tak pernah bosan nak naik.. sangat seronok dan tenang sekali melihat kehijauan suasana sekeliling.. ditambah lagi pergi bercuti berdua aje, terasa macam pengantin baru pn ada.. hahaha.. kiranya nasib kami memey baik hari itu kerana cable car belum ditutup untuk maintenance work.. esok hingga tulat baru cable car ditutup untuk kerja² tersebut.. cuma yang agak frust, cable bridge masih lagi ditutup untuk pengunjung kerana masih lagi dalam proses pembaikan.. dengarnya bulan Sept baru dibuka semula.. nampak gayanya kena pergi lagi la next year ye.. :-)

Tak dilupakan juga credit kepada Mr Tripod n Ms Camera yang tak boring² menjadi fotographer kami.. biasa kalau ada anak3 sekali memey anak3 jela jadi model, tapi kali ni giliran mama n papa la pulak jadi model.. hehe.. 

Dijadikan cerita, tengah dok syok² posing memosing tiba² Ms Camera jatuh sakit.. MemoryCardCannotRead.. ayooo.. dah susah hati ni.. "abisla gambar² kita ling.. dah penat posing nie.." huhuuu.. so turun je dari cable car, kami terus gerak ke Kuah nak carik kedai camera.. terpaksa la beli MemoryCard yang baru.. bila pekedai tu check, MemoryCard yang lama masih boleh dibaca cuma dah kurang stable keadaannya, kena jugak beli yang baru untuk buat backup..


Ni lah rupenya keje mak bapak yang dapat skip sekejap dari anak3..:-)
Comel tak kami? hahaha..





Kami lagi yang memey suke posing..

2nd Day
Pagi tu hujan sangat lebat.. memey sedap tarik selimut ni.. hehe.. tapi Mr Hubby pagi² lagi dah kejutkan I ajak bergurau senda breakfast.. so bangun jugakla menyiapkan diri berwangi² dan pergi breakfast.. Plan pagi ni nak pi jungle tracking kat Telaga Tujuh.. tahun 2008 dulu pegi tak larat nk naik sebab tengah memerut (peknen).. So untuk kali ni dah siap² tapau 3 bungkus nasik lemak untuk bekalan ke sana nanti.. hehe..

Welkam to Telaga7.. kotla boleh jumpa puteri² @ pari² Telaga7 nnt.. hehe
Ni baru first stage
View ayaq terjun di 1st stage Telaga Tujuh memey cantek..!!
Lagi gambar di ayaq terjun Telaga7..
Sapa² yang tak tau makna FOREST boleh refer disini.. hehe


Banyak lagi anak tangga dan denai harus dilalui untuk sampai ke 2nd stage nie..


Alhamdulillah kami selamat sampai ke 2nd stage Telaga7.. View yang saaangat cantik, dikelilingi kehijauan tumbuh²an, cuaca yang begitu baik dan airnya yang sejuk lagi nyaman.. fuhhh memang memukau dan rasa sangat damai.. tambahan lagi pegi berdua je.. memey tenang sokmo la.. 

Ada banyak stage lagi lepas ni..
Jauh lagi nak sampai ke puncak.. lebih kurang 238 meter lagi..
Rehat sekejap sebelum meneruskan lagi perjalanan..
Meneruskan perjalanan.. Stop sekejap di Kem Saintis dan Kem Tok Ayah
Perjalanan menyusuri denai dan anak tangga untuk naik ke puncak waktu tu sangat sunyi..  padahal baru pukul 11 pagi.. seram jugak la rasa.. sambil berjalan berkumat kamit berzikir pada yang Maha Esa.. dalam perjalanan tu ada laa terserempak dengan couple Mat/Mek Saleh.. seperti yang kita semua sedia maklum la kan, mereka ni memey suka bab² mengembara meredah hutan ni.. selamba je pun jungle tracking pakai sleeveless.. hehe.. 

Nak dijadikan cerita, semalam kan hujan.. so dapat bayangkan lah kan keadaan denai yang lembab dan tanah yang basah.. so pacat² yang kelaparan pun bermaharajalela laa.. punya la geli²geleman bila check celah stokin pacat dah gumok kekenyangan.. eeeiiyeeee.. disebabkan geli punya pasal tak sempat nk snap picca kaki kena geget pacat tu..  nasib baik ada couple Mat/Mek Saleh yang baik hati tolong buangkan pacat dikaki.. 

Kami tak sempat naik sampai ke puncak.. setakat di Kem Tok Ayah je.. sebab tak larat ke? bukan sebab tak laratlaaa.. sebab waktu tu nampak langit agak suram dan mendung dari celah² daun pokok.. diselangi bunyi guruh sekali sekala.. so sebab tu kami terpaksa ambil keputusan turun ke bawah.. takut juga kalau terperangkap dalam hutan tu waktu hujan.. tak ke naya, kenduri kendara la pacat² semua.. hehehe..

Kami turun semula ke 2nd base dan berehat merendamkan kaki sambil menikmati bekalan nasi lemak yang dibeli waktu breakfast pagi tadi.. itu sajela santapan tengahari kami waktu tu.. terasa damai dan indah sekali.. 

posing lagi..
Balik ke hotel dua² pun flat.. maklumla dah lama juga rasanya tak buat xtvt outdoor since bersalin kan Adam.. gi naik beskal pun dah jarang².. dok mengayuh keliling taman kat rumah je.. walaupun letih tapi rasa enjoy sangat sebab dapat menikmati keindahan ciptaan Tuhan and yang paling best sekali dapat digeget pacat.. hehe..

Petang tu kami tak keluar kemana².. berehat dan memanjakan badan dan minda di spa hotel.. pagi tadi g jungle tracking, petangnya pulak dapat treatment sauna and full body massage.. fuhhh memey rasa lega sangat².. ilang segala kekejangan otot disana sini.. 

Kami sambung aktiviti selepas itu dengan melepak²kan diri ditepi pantai menikmati minuman panas.. Hubby minum Pandan Tea, aku pilih Lemongrass Tea.. macam² flavour ada.. padahal kalau kat rumah tu melambak pokok pandan dan pokok serai, takde pulak sibuk nak buat ayor.. hehe..

Gambo ayor serai dan ayor pandan
View depan bilik kami
Posing kat area hotel la pulok..
3rd Day 

Seawal jam 8.30 pagi kami dah standby di lobi hotel tunggu Mangrove Operator datang untuk pick up kami..  Pusing ambil passenger lain, then kami sampai di Kilim Geopark tu setengah jam kemudian.. kebetulan hari kami pergi tu bukan cuti persekolahan, so kiranya dalam bot tu memey tak sesak la..



Ini bukan pengalaman pertama gi Mangrove Tour.. sebelum ni bawak Aiman sekali, waktu tu dia baru 2thn++, dan aku sedang peknenkan Fea 7 bulan.. memey best la.. ronda² air dan singgah di beberapa tempat daripada pukul 9pagi sampai pukul 3 ptg.. nak cerita semua banyak sangat.. kalau ada peluang pegi laa.. baru boleh feel bagaimana keseronokkan berada di atas bot, masuk gua, mengelilingi pulau-pulau kecil, keindahan hutan bakau yang hijau, tengok monyet dan macam² lagi..

Ni la dia rupe monyet mabuk air.. haus dah byk bedal kacang..
Kebetulan masa sampai di pintu gua ni keadaan air pasang, so xde chance la bot nk masuk dalam gua, smpai kt pintu je..
Pokok bakau ni dikatakan telah berusia lebih 100 tahun dan merupakan yang tertua disini.. kira otai bakau la ni..
Stop sejam disini.. so sempatla kami bermandi manda sambil bergurau senda..
Stop for lunch.. perut pun dah memey lapar ni..
4th Day 
Hari ni hari terakhir di Bumi Helang Kawi ni.. breakfast pada hari terakhir tu.. sambil makan sempatla berbual² mesra dan update status FB.. hehe.. sedih jugak rasa nak tinggalkan Langkawi ni.. walaupun ni bukan kali pertama ke sini.. tapi perasaan tu memey tak pernah jemu.. kalau pun rasa nk duduk je kat sini.. hehe.. percutian bulan madu 4d3n terasa berlalu cepat je.. masa dipenuhi dengan macam² aktiviti.. apa pun aku rindu sangat kat anak3 aku ni..
 
Kusyuk nampak..!!
memey peace la duduk sini..
Nyum nyum..
Sebelum balik sempat kami meronda² beli cekelat untuk anak3 di Pekan Kuah.. menjamu selera di Secret Recipe Langkawi Fair Shopping Mall.. Bye² Langkawi.. nanti kami datang lagi.. Muuuuaaahsss...