Kami keluar dari rumah seawal jam 7 pagi.. nak kena register awal sebab program mengayuh start jam 8.00pg.. terpaksa la mengerah 2 orang askar tu supaya bangun awal.. al maklumlah takde penjaga nak tinggalkan mereka dirumah.. lagipun Aiman tengah excited sangat nak mengayuh basikal, yelah orang baru pandai naik basikal kan.. Putrajaya Interpark kali ni diadakan sempena Wow Karnival di Putrajaya.. yang syoknya kat Putrajaya ni ada macam² event yang PJH dah plan untuk menarik lebih ramai pengunjung ke Putrajaya Bandar Pentadbiran Kerajaan ni.. Kayuhan kali ni agak mencabar juga.. Kayuhan santai 30km.. santai dalam program ni bermaksud, takde nak lumba² laa.. sampai satu check point diorang akan stop dan tunggu sehingga yang masih dibelakang tu sampai.. harap²nya dapatlah menghabiskan kayuhan sampai ke garisan penamat..
Get ready..!! |
Dah tiba ditempat kejadian, muka budak yang masih ngantuk |
Muka budak yang teruja nak kayuh 30km hari ni |
Garisan permulaan di hadapan bangunan MOF |
Pengayuh kecil yang bersemangat besar |
Jom ngayuhh..!! |
Sengeh sebab ada peminat nak snap pic dia |
Menunggu acara dimulakan |
Fea la yang paling santai masa ni.. hehe |
Kayuh menuju ke PICC |
Aiman dan Papa.. marshall dok escort Aiman dari belakang |
View di sekeliling Putrajaya ni memey cantik |
Stop di check point, makan bekalan.. Rocky je pun.. hehe |
Stop sekejap di Komplek Sukan Air Presint 6 |
Gambar kenangan bersama pengayuh² lain di atas puncak PICC |
Gambar² di sepanjang perjalanan |
Masa ni Aiman dah surrender, dia dan basikal ditumpangkan oleh Marshall yang follow by 4wd |
Alhamdulillah, akhirnya kami tiba di garisan penamat pukul 12.00 tengahari.. duduk melepaskan penat dengan dijamu bihun goreng dan air minuman.. apa pun program hari ni memey best..