13 Mar 2011

PUTRAJAYA INTERPARK RIDE






Kami keluar dari rumah seawal jam 7 pagi.. nak kena register awal sebab program mengayuh start jam 8.00pg.. terpaksa la mengerah 2 orang askar tu supaya bangun awal.. al maklumlah takde penjaga nak tinggalkan mereka dirumah.. lagipun Aiman tengah excited sangat nak mengayuh basikal, yelah orang baru pandai naik basikal kan.. Putrajaya Interpark kali ni diadakan sempena Wow Karnival di Putrajaya.. yang syoknya kat Putrajaya ni ada macam² event yang PJH dah plan untuk menarik lebih ramai pengunjung ke Putrajaya Bandar Pentadbiran Kerajaan ni.. Kayuhan kali ni agak mencabar juga.. Kayuhan santai 30km.. santai dalam program ni bermaksud, takde nak lumba² laa.. sampai satu check point diorang akan stop dan tunggu sehingga yang masih dibelakang tu sampai.. harap²nya dapatlah menghabiskan kayuhan sampai ke garisan penamat..


Get ready..!!

Dah tiba ditempat kejadian, muka budak yang masih ngantuk
Muka budak yang teruja nak kayuh 30km hari ni
Garisan permulaan di hadapan bangunan MOF
Pengayuh kecil yang bersemangat besar
Jom ngayuhh..!!
Sengeh sebab ada peminat nak snap pic dia
Menunggu acara dimulakan
Fea la yang paling santai masa ni.. hehe

Kayuh menuju ke PICC


Aiman dan Papa.. marshall dok escort Aiman dari belakang



View di sekeliling Putrajaya ni memey cantik
Stop di check point, makan bekalan.. Rocky je pun.. hehe

Stop sekejap di Komplek Sukan Air Presint 6
Gambar kenangan bersama pengayuh² lain di atas puncak PICC
 
Gambar² di sepanjang perjalanan
Masa ni Aiman dah surrender, dia dan basikal ditumpangkan oleh Marshall yang follow by 4wd
Alhamdulillah, akhirnya kami tiba di garisan penamat pukul 12.00 tengahari.. duduk melepaskan penat dengan dijamu bihun goreng dan air minuman.. apa pun program hari ni memey best..